Selasa, 16 Mac 2010

EZAM MASIH BERDENDAM DENGAN ANWAR ?

Ezam masuk Umno semata-mata dendam kesumat pada Anwar....

Ezam memulakan serangan moral terhadap Anwar - adakah itu wajar?

Dalam laman web http://medan-info-kita.blogspot.com/2010/03/ezam-tegaskan-anwar-dua-alam-dia.html, Anwar dikatakan manusia dua alam – berkawan dengan ulama dari satu segi dan dan juga melakukan perkara-perkara yang memuaskan nafsu. Ezam hari ini menjadi pendekar UMNO yang menyerang Anwar habis-habisan. Ezam Mohd Nor seolah-olah mengakui kini Anwar Ibrahim terbabit dan sebenarnya bersalah atas semua tuduhan liwat – kalau dilihat dari apa yang dikatakan khususnya dalam laman di atas.

Setakat ini Ezam Mohd Nor dilaporkan akan hadir pada mana-mana tempat yang Anwar Ibrahim hadir untuk ceramah. Fokus beliau adalah Anwar Ibrahim. Tidak ada fokus lain kerana bagi Ezam mungkin Anwar adalah kunci utama yang dapat memecahkan Pakatan Rakyat dan akan memastikan UMNO kembali bersemarak bagai dahulu. Moral Anwar Ibrahim di hentam hebat oleh Ezam Mohd Nor dan laman penyokongnya. Tuduhan demi tuduhan, kenyataan demi kenyataan di buat oleh kumpulan penyokong Ezam yang hari ini menjadi kumpulan penentang Anwar Ibrahim. Serangan di buat habis-habisan namun layanan terhadap serangan beliau setakat ini tidak dihiraukan oleh Anwar Ibrahim.

Sungguhpun begitu suara-suara Ezam ini akan tetap kedengaran – menentang dengan penuh amarah terhadap Anwar Ibrahim. Apakah implikasi serangan Ezam ini terhadap Anwar Ibrahim? Adakah ini akan menjadikan Anwar Ibrahim di tolak oleh pengikutnya atau pengikutnya semakin kuat rapat membelanya. Setahu saya kesalahan utama sebelum tercetusnya reformasi adalah serangan ekstrem terhadap Anwar Ibrahim khususnya sudut moralnya. Serangan dahsyat ini akhirnya hanya menampakkan Anwar Ibrahim sebagai mangsa politik.

Akhirnya akibat simpati yang terbit sokongan terhadap Anwar Ibrahim melebar dan bertambah - tercetuslah zaman REFORMASI yang Ezam sendiri akhirnya mengemudinya. Melihat pula serangan pada Dr Mahahtir – Dr Mahathir diserang dari sudut kezaliman terhadap Anwar Ibrahim – menggunakan semua jentera kerajaan untuk menghukum Anwar Ibrahim dan kesalahan dan tuduhan rasuah, kronisme dan nepotisme namun kesalahan dan hentaman moral sebagaimana Anwar Ibrahim di serang tidak di gunakan. Kegawatan UMNO juga adalah serangan terhadap kerajaan dan organisasi tersebut.

Melihat kepada keadaan tersebut sekiranya di perinci semula adakah Ezam Mohd Nor akan lebih merugikan UMNO dengan serangan terhadap moral Anwar Ibrahim? Satu persoalan yang perlu Ezam dan rakan-rakan penyokongnya sedar dan menganalisis semula. Adakah serangan moral Ezam akan menguntungkan UMNO atau hanya merapatkan kembali mereka yang sudah agak terpecah dalam reformasi? Adakah tidak akhirnya orang ramai akan hanya melihat Ezam Mohd Nor sebagai orang yang terlampau marah kepada Anwar Ibrahim atas alasan peribadi? /
umno-reform2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan