Sabtu, 13 Mac 2010

SEBUT DEBAT TERUS KECUT TELOQ

Oleh: WFAUZDIN NS

Wah !! sebelum ini bukan main lagi. Ke hulu ke hilir, hari-hari wajah keluar TV dan akhbar pencacai dok sebut orang tu, orang ni, Firaun kecil la....badut la...macam-macam dia dok kata kat orang. Tak ada langsung perasaaan malu sekurang-kurangnya malulah sikit kat kopiah putih atas kepala tu. Ego dan lagaknya bukan main lagi....janda muda kunun...(janda gatal ada la...)Justify Full
Tetapi, tiba-tiba je `janda muda miang' ni membisu kenapa? Dah tak ada modal ke atau dah kenyang dapat `peruntukan' yang baru diluluskan untuk kawasan dia tu? Kenyang sampai tak boleh nak bercakap dah? Macam ular sawa pulak. Memang ada tokoh macam ular pun. Berbelit-belit bercakap. Yang lucu dan nampak bodohnya bila dia ada hati nak tipu parti dia sendiri. Kununnya parti suruh pergi Korea. Piirahhhh.....dengan Dato' Nalla bolehlah hangpa nak main belit-belit Yob....silap-silap Dato' Nalla lagi kuat belitnya.

Yang aku tak puas hati tu, Dato' Tn Ibrahim Tn Man boleh `buli-buli' janda miang ni. Mula-mula kata PAS akan pertimbang kalau dia nak masuk PAS. Tak sampai beberapa jam, Tn brahim Tn Man kata dia tak kata macam tu. Akhbar salah lapor, katanya. Bayangkan betapa tebalnya muka orang yang baru kena pecat tu. Dia mulanya dah terbayangkan berada di dalam PAS untuk menjalankan jarum Umnonya bagi menghancurkan PR, tetapi tak jadi masuk pulak. Dia merancang, Allah pun merancang. Perancangan siapa lebih hebat sekarang?

Tiba-tiba dia jadi bisu sekarang. Kita tunggu juga kot-kot ada komen dia tentang cabaran debat oleh YB Khalid. Kalau dulu, huh, baru YB Khalid nak kamit mulut, dia dah bertegang urat tak setuju sampai report Polis. Nasib baik dia tak report Polis terhadap Syeikh Yusoff Qardhawi yang dijadikan rujukan oleh PR di dalam isu Kalimah Allah tu. Atau, mungkin sekarang ni dia tengah mengaji kat mana-mana pondok untuk menyiapkan diri berdebat dengan YB Khalid. Aku cadangkan elok dia mengaji dengan Hamid Othman ke, Noh Gadut ke, Harussani ke, atau pun Jamil Khir tu. Tentu puak-puak tu akan bekalkan kat dia Kitab Islam Hadhari untuk bekalan berdebat nanti.

Kita lihat sehari dua lagi ni, ada tak dia berbunyi tentang debat. Jangan cuba nak belit-belit cari alasan tak mahu debat sudah lah. Aku takut kalau-kalau dia letak syarat nak berdebat mestilah diadili oleh Najib atau Rosmah. Macam dia letak syarat masa dia nak pergi mengadap JK Disiplin PKR tu la. Musim-musim panas sekarang ni takkan kecut teloq kot Yob woiii...../wfauzdin.blogspot.com

2 ulasan:

  1. Setahu aku lah , kalau dalam satu perbicaraan bukannya loyer yang tetapkan prosidur - prosidur tetapi kena ikut undang-undang yang sedia ada . Mahkamah hanya melaksankan prosidur-prosidur tersebut.Tapi yang peliknya AP yang kena pecat ni dengan kopiah dan janggut sejemput yang mendakwa lulusan undang-undang sivil dari NZ pula yang boleh menetapkan syarat-syarat perbicaraan disiplinnya . Wah terror betul lah mamat ni boleh arahkan hakim untuk ikut syarat-syaratnya ... Err.. boleh ke dia ni lulus undang-undang ... Kena suruh Majlis Peguam semak dengan Universiti NZ tu..Bukan apa sekarang kan banyak peguam palsu , doktor palsu dan ustaz palsu..

    BalasPadam
  2. kalau mu kepala palsu,mu fikir orang lain pon palsu, ngok jugak mu ni....cakap pandai naik motor pegang handel

    BalasPadam