Khamis, 29 April 2010

ANAK MELAYU DITEMBAK, DAP BANGUN MEMBELA

DAP Mahu Hantar Memorandum, Prosedur Tembak Perlu Kajian

SHAH ALAM 28 APR: Pimpinan DAP akan menghantar satu memorandum kepada polis bagi mengkaji garis panduan berkaitan prosedur melepaskan tembakan, kata Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.

Beliau berkata, kajian itu penting supaya tragedi melibatkan remaja berusia 15 tahun Aminulrashid Amzah yang mati ditembak polis, tidak berulang kepada insan lain.

Gobind berkata demikian ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di Seksyen 9 ketika menemani saksi utama memberi keterangan.

"Polis perlu adakan siasatan dalaman atau kaji semula garis panduan. Bila boleh tembak, bila perlu tembak, bagaimana prosedur sebenar. Ini akan dibangkitkan dalam masa terdekat," katanya.

Beliau berkata, DAP memandang berat isu berkenaan berikutan ia bukan pertama kali menjadi pertikaian umum.

"Kami dalam DAP akan menghantar memorandum kepada ketua polis negara supaya perkara ini dikaji dan diselesaikan. Kita tidak hendak perkara macam ini berlaku lagi," katanya.

Tegas Gobind, garis panduan prosedur menembak penting bagi menjamin keselamatan orang awam.

"Kita perlu ada garis panduan yang lebih jelas, yang lebih mendalam. Kajian perlu dibuat dan perlu ada peruntukan khusus bila masanya polis boleh mengunakan senjata api. Kalau digunakan, apakah skop?

"Saya mahu tegaskan, kita menghormati dan faham kerja polis sampai nyawa pun terancam. Isunya bila perlu guna senjata api atau soal peraturan sedia ada mencukupi untuk memastikan tragedi ini tidak berulang," katanya./TVSelangor

1 ulasan:

  1. bagaimana dengan PERKASA????? tunjukkan kejantanan pembelaan MELAYU .....PERKASA jng tunggu dan lihat aje.....keh keh keh

    BalasPadam