Rabu, 7 April 2010

ARTIKEL WEBSITE UMNO REFORM KESAL HUJAH ANWAR TIDAK TERJAWAB

Tuduhan Anwar - semakin serius


Written by Webmaster
Wednesday, 07 April 2010

Sudah sampai masa kita menjawab tuduhan Anwar Ibrahim mengenai kehadiran Israel dalam penglibatan mereka dalam urusan kritikal pentadbiran negara ini. Anwar sejak beberapa hari ini membuat beberapa tuduhan serius dan setakat ini tidak nampak tanda-tanda jawapan yang serius diberikan terhadap tuduhan Anwar Ibrahim. Laman-laman penyokong UMNO terus kaku – kerana mereka tidak mempunyai cara atau dokumen balasan dalam menafikan tuduhan Anwar Ibrahim. Dalam pada itu Anwar terusan menghentam kerajaan kerana dikatakan secara sengaja tahu tetapi membenarkan syarikat-syarikat dari Israel melibatkan diri dalam pentadbiran sensitif kerajaan termasuk soal keselamatan yang melibatkan PDRM (polis).

Blog dan web UMNO hanya setakat ini mampu memberi saingan nipis tanpa justifikasi konkrit dalam berhujah. Perlu diingatkan, kalau setakat Anwar Ibrahim juga berkawan dengan orang Yahudi Zionis – tidak akan memberi sebarang justifikasi mengenai tuduhan Anwar sekiranya ia benar. Melayari laman pro UMNO kita lihat ada satu dua tulisan yang cuba mengaitkan Anwar dengan Yahudi Zionis sungguhpun ini tidak memberi remedi kepada dokumen dan pendedahan yang di baut oleh Anwar Ibrahim. Persoalannya kita perlu lebih proaktif dalam menjawab isu-isu ini kerana setakat ini jentera pembangkang sudah mula bergerak membawa isu-isu ini di media alternatif dan pada setiap ceramah mereka.

Dalam perkara ini amat jelas sekali – media propaganda pembangkang bertindak cemerlang sedang kita masih terkehel dalam mencari sudut jawapan kerana maklumat tidak di bekalkan untuk diberi penjelasan kepada rakyat. Setakat Anwar agen Yahudi berkenalan dengan Paul Wolfowitz tidak memberi makna berbanding dengan tuduhan Anwar Ibrahim bahawa kerajaan berkompromi dengan Israel dalam isu komunikasi dan komputer PDRM dengan memberi mereka ruang dan peluang untuk menyusup masuk dalam sistem keselamatan negara – berbayar lagi!

Tuduhan ini perlu disangkal segera! Tuduhan ini perlu diperjelaskan segera dan setakat mahu membawa Anwar Ibrahim berdepan dengan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan di Parlimen atau menggantung partisipasi beliau dalam parlimen tidak memberi makna besar berbanding dengan pendedahan beliau. Ketua Pembangkang ini lebih suka kalau dia di gantung – kerana ini akan memberi lebih isu kepada pembangkang dalam memperkatakan bahawa demokrasi kita demokrasi tempang dan sistem kita tercemar. Ini akan memberi pembangkang peluru untuk berterusan berkempen.

Dalam melihat keadaan sebeginilah maka beberapa perkara dalam UMNO perlu di tangkaskan lagi. Media Alternatif mereka bergerak segera – dalam menyiarkan dakwaan Anwar – you tube dan face book dan twitter penuh dengan dakwaan Anwar bahawa kerajaan hari ini yang dipimpin oleh Najib berkompromi dengan Israel. Dalam pada yang sama – media UMNO dan penyokong kerajaan BN terus berusaha tanpa kekuatan bagi memberi justifikasi mengenai isu ini./Umno-reform2

1 ulasan:

  1. bukan kerana 1Malaysia yang mirip ngn one israelo je problem yang APCO punya isu ni dibangkitkan ..tetapi..yelah..pihak ketiga menjadi penasihat kerajaan.. ahhahaa

    BalasPadam