Isnin, 12 April 2010

BLOGGER JAHIL INI CUBA MENJAWAB PERSOALAN HUKUM UMNO KAFIR

Oleh: WFAUZDIN NS

JIKA kita ingin bertanya sesuatu hukum atau isu-isu berkaitan agama bertanyalah pada yang arif di bidang itu. Jangan jadi seperti kisah yang diceritakan oleh sebuah blog pro UmApco di sini. Saya kesihat melihat begitu cetek agama yang ada pada beliau sehingga hendak menjawab soalan umpama `kacang' itu pun beliau tidak boleh jawab.

Sebagai menjawab soalan `Bolehkah orang Umno dikategorikan sebagai orang Islam, kerana orang Umno tidak mengikut apa yang disuruh oleh Islam", si bangang ini bukan menjawab soalan itu tetapi dia bertanya pula mengapa Kerajaan PAS Kelantan tidak melaksanakan hukum hudud walaupun Kerajaan Pusat tidak membenarkannya? (mengaku juga dia memang Kerajaan Pusat tidak benarkan hukum hudud dijalankan). Adakah beliau tahu bahawa Kerajaan PAS Kelantan adalah salah sebuah negeri yang berada di bawah Kerajaan Persekutuan dan tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan yang sekular itu?

Bayangkan, jika Kerajaan PAS Kelantan jalankan juga hukum hudud tersebut tanpa kelulusan oleh Kerajaan Persekutuan, seandainya si Pesalah itu membawa kes tersebut ke mahkamah yang lebih tinggi maka hukuman tersebut tidak sah kerana hukum hudud tiada termaktub dalam perundangan negara sekular kita ini. Kelantan bukan sebuah negara persendirian yang boleh mengubah perundangan sesuka hati. Terdapat beberapa undang-undang yang boleh dipinda oleh kerajaan negeri dan ada undang-undang yang memerlukan kebenaran kerajaan pusat sekiranya ingin dipinda atau diwujudkan kerana ianya melibatkan sistem kehakiman, pihak Polis atau Penjara yang semuanya di bawah kawalan kerajaan pusat.

Apakah kerajaan negeri yang diperintah oleh PAS mesti melaksanakan undang-undang Islam semata-mata untuk menunjukkan kerajaan PAS lebih takut kepada Allah dari kerajaan pusat? Tentu kita boleh bayangkan apa akan jadi kepada negara kita ini sekiranya PAS mengambil pendekatan `revolusi' sedemikian. PAS tetap ingin menegakkan Islam tetapi PAS tidak memilih `Revolusi' atau keganasan untuk mencapai cita-cita tersebut sebaliknya PAS masih berharap kepada sistem demokrasi di negara ini. Kita ingin juga bertanya, mengapa kerajaan pusat yang ditunjangi oleh Umno itu tidak mahu melaksanakan Undang-Undang Islam sedangkan mereka berkuasa di peringkat pusat?

Tuduhan penulis bangang ini bahawa Tuan Guru Nik Aziz juga mengamalkan rasuah tiada beza dengan kerajaan di bawah Umno/Bn (sekali lagi mengaku pun negeri di bawah Umno itu rasuah). Tiada fakta dan hujah langsung apabila beliau turut membuat tuduhan Tuan Guru Nik Aziz pergi menunaikan ibadah Haji tidak pernah guna duit poket sendiri. Jelas dan berfakta bahawa SPRM sejak berpuluh tahun dahulu sehingga saat ini tidak henti-henti menyiasat perbuatan rasuah kerajaan Negeri Kelantan termasuk Tuan Guru Nik Aziz sendiri. Apa hasilnya setakat ini? Cuba sebutkan satu saja kes rasuah yang melibatkan Adun atau Exco kerajaan Negeri Kelantan yang didakwa dan didapati bersalah sepanjang PAS memerintah. Kalau ikut cerita dari Syaitan-Syaitan memang banyak, tetapi terbuktikah?

Si bangang ini menyebut di Kelantan ada pusat hiburan kununnya sama seperti di negeri bawah Umno. Agaknya kali terakhir si bangang ini pergi ke Kelantan adalah semasa Umno memerintah dahulu, sebab itu beliau berjumpa pusat hiburan merata-rata, kedai ekor dan pusat judi di Kelantan. Banyak lagi persoalan atau jawapan bodoh dari si penulis bodoh itu yang kita boleh baca di dalam blognya itu.

Sebelum saya menutup tulisan ini, ingin saya mengajar sedikit si penulis bodoh itu tentang jawapan terhadap soalan asal " `Bolehkah orang Umno di kategorikan sebagai orang Islam, kerana orang Umno tidak mengikut apa yang disuruh oleh Islam". Soalan itu samalah dengan jawapan kepada soalan "Bolehkah orang Umno di kategorikan sebagai orang Islam, kerana orang Umno tidak bersembahyang?". Jawapannya, dia tetap Islam tetapi berdosa besar kecuali sekiranya dia menganggap sembahyang itu tidak wajib atau tidak sesuai dilakukan di zaman ini maka hukumnya KAFIR. (Saya mohon sesiapa yang lebih arif tentang persoalan ini betulkan saya jika tersilap).

Jelas di sini, kerajaan pusat yang ditunjangi oleh Umno hanya menjadikan Islam sama seperti `gincu di bibir' untuk hiasan semata-mata. Sampai bilakah gincu ini boleh bertahan? Kena kuah sup semangkuk habislah ia./wfauzdin.blogspot.com

3 ulasan:

  1. Assalamualaikum Bang,

    Abang tau tak: di Sabah/Sarawak tu orang umno makan babi?
    keterangan: apabila mahathir membuka keahlian umno kepada bumiputra seluruh malaysia, bumiputra dari sabah dan sarawak mendaftar menjadi ahli umno. Bumiputra jenis ni yang kemudian dipanggil pribumi menjadi ahli umno dan mereka bukan orang islam. Mereka tidak sama dengan umno semenanjung tetapi mereka adalah ahli umno yang kafir.

    BalasPadam
  2. Ye, saya tahu ahli Umno dari org siam pun ramai yg bkn Islam. Saya cuma mnjawab khusus bg ahli Umno yg berugama Islam. Tkasih atas mklumbalas anda Abdur Raheem.

    BalasPadam
  3. Orang umno tak sembahyang? Bukankah Nabi pernah bersabda bahawa solat itu tiang agama? Kalau begitu Islam umno tanpa tiang? Atau setengah tiang je?

    Puasa, haji nampak rajin tapi Nabi tak pernah kata puasa dan haji itu tiang agama.

    BalasPadam