Jumaat, 30 April 2010

GELARAN BARU UNTUK EZAM SESUMPAH?

Siapa tak kenal Ezam Mohd Nor, ahli Umno yang keluar parti untuk menjadi Ketua Pemuda PKR yang kemudiannya menikam Anwar dari belakang untuk kembali sujud pada Umno setelah disumbat dalam ISA. Cerita keluar masuk beliau sudah lali kita baca. Malah kita juga begitu muak dengan kisah kotak-kotak sulitnya tentang kes rasuah beberapa Menteri BN yang sampai ke hari ini sudah hilang entah ke mana.

Beliau yang digelarkan “Ezam Kotak” pernah mencuba nasib bertanding di kerusi Parlimen Shah Alam atas tiket PKR pada tahun 1999. Namun percubaannya itu gagal. Tetapi selepas menyertai semula Umno, beliau sering dijadikan kuda tunggangan BN untuk melanyak Anwar dipentas biru karat yang satu ketika dahulu pernah dimaki hamunnya. Mengunakan nada suara yang seakan Anwar ceramah beliau menjadi modal untuk BN menyerang Pakatan. Namun, Pakatan kenal siapa Ezam. Perjuangan pendeknya bersama Umno yang baru nak mencecah dua tahun akhirnya dibayar dengan ganjaran jawatan Senator.

Melalui pintu belakang pejabat Najib, budak suruhan BN ini dilantik ke Dewan Negara bagi membakar kehangatan Parlimen yang kini tidak pernah sepi dari hiruk pikuk wakil-wakil rakyat yang bersabung sepanjang musim perbahasan. Nampaknya peluang Ezam untuk kembali bertanding Pilihanraya cerah dan tidak mustahil BN akan mempertaruhkan beliau dalam PRU-13 bagi kerusi Shah Alam atau kawasan lain. Saya tidak nafikan semangat mudanya begitu berguna kepada BN untuk menarik ahli-ahli PKR untuk kembali menyokong BN. Beliau jugalah antara orang-orang yang begitu giat menarik ahli-ahli dan pimpinan PKR untuk tinggalkan parti itu.

Ular dalam sangkar atau dalam semak, sama sahaja…tapi Ezam lebih dahsyat lagi. Jika beliau boleh khianati Tok Gurunya-Anwar…siapalah Najib yang kini menjadi tokey yang jaga periuk nasinya. Jangan terkejut jika Najib selepas ini juga akan meletakan Ezam sebagai calon untuk mencabar kerusi Ketua Pemuda Umno yang disandang Khairy sekarang….siapa tahu, semua ini berlaku kerana Najib begitu suka memelihara orang-orang yang pernah rapat dengan Anwar sebelum ini. Tanyalah Zahrain dan Zulkifli, dah berapa banyak seluar dalam yang mereka kongsi dengan Najib demi untuk menunjukan bahawa mereka kita sudah menjadi pembenci Anwar…. Apa pun jua, kepada Ezam… selamat menajdi ‘Senator Kotak’ ./Herman Samsudeen

1 ulasan:

  1. gelarla apa pun.ezam org melayu yang bermaruah.
    yang tak sanggup melihat anak bangsa dan negara malaysia dikuasai oeh DAP.sokongla berpada2,dap,mca dan gerakan bersatu suara utk kaum mereka.kenapa melayu harus berbalah x habis2 utk menguntungkan kaum lain,membolehkan bangsa lain ambil kesempatan atas kebodohan orang melayu mcm kita ni.

    BalasPadam