Selasa, 20 April 2010

ISU ARAK - DAP PULA CABAR UMNO

DAP cabar Umno buat pengakuan tak minum arak
Apr 20, 10


Pemimpin veteran pembangkang, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) mencabar Umno dan menteri-menteri kabinet beragama Islam untuk tampil membuat pengakuan bahawa mereka tidak pernah meminum alkohol, khususnya semasa muda.

Sasaran utama Lim adalah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Lim membuat cabaran itu ketika membahaskan rang undang-undang Akta Pemberi Maklumat.

Dakwanya, jika minum alkohol dijadikan kayu pengukur bagi memilih menteri-menteri BN, ramai pemimpin berkenaan akan tersingkir.

"Jika minum pada zaman lalu menghalang seseorang daripada memegang jawatan, kita akan kehilangan separuh daripada jemaah menteri, termasuk duta besar Malaysia ke Amerika Syarikat,” kata Lim.

Pemimpin veteran DAP itu juga membidas tindakan BN yang menyerang peribadi Datuk Zaid Ibrahim yang disifatkannya sebagai terdesak dan tidak mempunyai kelas.

"Biarlah kita tingkatkan standard politik dan pilihan raya di negara ini kerana ia gelanggang bagi berkhidmat kepada rakyat dan negara. Kita tidak patut mengheret serangan peribadi dan mengaibkan pemimpin dengan cara sedemikian,” katanya.

"Sebagai contoh, Lim berkata DAP telah mengarahkan kepada ahlinya supaya tidak menyentuh atau bercakap mengenai rakaman video Chua Soi Lek,” kata Lim lagi./Malaysiakini

5 ulasan:

  1. Malulah sikit wahai pemimpin umno janganlah turutkan hati yang busuk itu......berhenti lah buat kempen busuk tu......sedarlah diri kamu tu.....kamu tu bukannya baik sangat...itupun rezeki Allah nak bagi kamu jadi menteri.

    Orang bukan Islam pun tahu adab dan sopan takkan lah kamu yang mendabik dada kerana berjuang untuk "ketuanan melayu"...kalau macam inilah cara kamu lebih baik tak usah jadi Melayu.

    BalasPadam
  2. ahahaha patut la..susah Islam tu nak dihormati di Malaysia..... ahahaha..kau..kena caba ngn orang bukan Islam..apa cerita?

    BalasPadam
  3. Tu le perangai Pembangkang kalau dia yang menyelak kisah luar dalam kain orang lain tak apa tapi bila kain dia keselak sikit dah mengelabah macam kan kena bogel lak (op....jangan mara Eli Bogel)

    Kalau nak main dalam dunia politik kena le tahan sikit telinga tu jangan asyik nak memaki orang ja tapi bila kena maki dah tak tahan nak menyaman dan nak mencabar lak...

    Selama ini akua rasa cuma blogger yang memperbesarkan kisah zaid minum minuman keras ni apa kejadahnya yang kau orang nak melenting dan salahkan UMNO lak ada ke Najib kata zaid minum arak.

    BalasPadam
  4. pembangkang semuanya baik-baik kan, al maklum lah semua dari kalangan ulama, tak pernah fitnah orang, tak makan rasuah, senang cerita apa yang pembangkang buat semuanya halal belaka...apa yg kerajaan buat semuanya haram.

    BalasPadam
  5. Pembangkang cerita pasal Altantuya pasal Najib tak jawap kaitan kes tsb dgnnya. Pembangkang cerita pasal injin jet hilang, komisyen 500 juta, pasal APCO, rasuah...dan byk lagi. Tu semua ada fakta.....dan masih belum dijelaskan secara fakta. Menyesal dan taubat jauh sekali.

    BalasPadam