Rabu, 28 April 2010

KEMPEN DI ALAF BARU, DI MANA KELEMAHAN KITA?

Oleh: WFAUZDIN NS

Pakatan Rakyat boleh dikatakan sentiasa menjuarai setiap program ceramah mereka. Tidak pernah Bn terutamanya Umno yang dapat mengatasi sambutan dan kehadiran orang ramai di dalam ceramah anjuran PR. Paling terkini, di Hulu Selangor baru-baru ini program ceramah dari PR jauh lebih hebat dari Bn walaupun PM sendiri yang turun bersama mantan PM. Dalam bab ini, kita sentiasa menang.

Namun demikian, apakah kita masih merasakan program ceramah adalah faktor utama akan memberi kemenangan akhirnya? Jika di era 70 an dan 80 an mungkin ada benarnya, tetapi di zaman sekarang mungkin kita boleh kaji semula. Jika dilihat berdasarkan pengalaman, kehadiran orang ramai di dalam ceramah PR terutamanya sewaktu kempen pilihanraya kebanyakannya adalah datangnya dari luar kawasan mengundi. Oleh yang demikian, kesannya tidak begitu memberangsangkan untuk menarik pengundi-pengundi menyokong kita.

Tidakkah kita boleh berfikir kaedah lain yang lebih berkesan? Kempen dari rumah ke rumah yang WAJIB diketuai oleh pemimpin besar sekurang-kurangnya MP atau Adun dari PR perlu turun bersama sepanjang tempoh berkempen. Setiap kumpulan mesti diketuai oleh pemimpin besar ini agar setiap kempen atau hujah boleh diberikan dengan betul dan tepat. Ada kemungkinan sebelum ini terdapat jentera kempen yang hanya diwakili oleh pimpinan bawahan tidak mampu untuk menerangkan isu-isu besar atau melawan hujah-hujah yang mungkin dikemukakan oleh pengundi. Pemimpin-pemimpin besar di dalam PR tidak lagi boleh hadir berkempen di bawah-bawah khemah untuk memberikan ceramah sahaja. Mereka perlu turun setiap hari menemui pengundi-pengundi yang dikenalpasti pendokong tegar Umno/Bn.

PR juga mesti aktif di dalam mengadakan aktiviti masyarakat. Aktiviti seperti bersukan, perkhelahan, hiburan yang tidak melalaikan dan banyak lagi aktiviti yang boleh mendekatkan kita kepada golongan yang tertutup minda ini. Kebanyakan mereka jahil untuk menilai perjuangan kita kerana mereka sering disajikan dengan laporan dari media haprak seperti TV3 suku dan Utusan Meloya itu. Pendekatan berjanji sewaktu pilihanraya juga tidak releven untuk kita sebagai pejuang rakyat. Kita tidak perlu berjanji seperti yang puak-puak mereka itu lakukan. PR mesti lakukan kerja tidak mengira masa. Jangan menanti rakyat yang susah mengadu pada kita, sebaliknya kita mesti mencari di segenap pelusuk kawasan rakyat yang memerlukan bantuan kita.

Aktiviti memakmurkan tempat ibadat juga amat penting. Bukan bertujuan untuk berpolitik secara kepartian di dalam masjid tetapi kita mesti tunjukkan betapa kita tidak pernah memisahkan agama dan politik. Bagi negeri-negeri yang kita kuasai, peranan pimpinan negeri penting untuk tidak terlalu mengawal atau mengetatkan peraturan sehinggakan pimpinan kita sendiri tidak boleh bercakap di dalam masjid hanya kerana tiada tauliah. Berapa orangkah selama ini dari pimpinan kita yang mengajar ajaran sesat di dalam masjid? Pelik dan ajaib, di dalam Negeri Selangor yang kita perintah, Tuan Guru Nik Aziz tidak boleh bercakap di dalam masjid. Hairan dan pelik, YB Khalid Samad pun dipersoalkan apabila memberi khutbah atau berucap di dalam masjid? Bijakkah kita berbuat demikian? Yang pentingnya, adakah mereka itu ingin menyesatkan umat? Cuba kita lihat Imam atau Khatib di negeri-negeri yang mereka kuasai, kita naik jemu dan bosan dengan cerita 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, dan banyak lagi tajuk-tajuk khutbah mereka. Tiada kena mengena dengan politikkah itu?

Mudah-mudahan kita lebih sedar bahawa kita bukan lagi parti di zaman 70 dan 80 an lagi. Kita berada di alaf baru yang memerlukan pendekatan baru. Jika kita masih lagi bergantung kepada cara lama, tidak hairan satu masa nanti kita akan ketandusan penyokong sedikit demi sedikit. Kita mesti berbeza sekarang kerana kita telah memegang beberapa negeri. Jika mahu mentadbir secara `lurus' pun biarlah bertempat. /wfauzdin.blogspot.com

2 ulasan:

  1. Mahasiswa Johor di Mesir berdepan dengan fitnah!!

    Salam buat semua pembaca

    Kehadiran DYMM Sultan Ibrahim Ibn Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang

    Dipertuan bagi Negeri dan Jajahan
    Takluk Johor Darul Takzim, dan YMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan

    Idris Shah beserta delegasi bagi
    merasmikan Asrama Pelajar Johor Rabaah merupakan saat-saat yang ditunggu

    oleh anak-anak JOhor dibumi Mesir.

    Pihak persatuan yang terdiri daripada anak-anak JOhor bertungkus lumus

    untuk memastikan supaya program ini dapat berjalan dengan sebaiknya dan
    memberi gambaran yang baik kepada pihak kerajaan khususnya terhadap majlis

    ini.

    Namun timbul satu isu yang amat menyakitkan hati.Sehari sebelum perasmian

    Asrama tersebut Nadi UMNO Mesir telah mengadakan
    ramah mesra dengan YAB Menteri Besar JOhor yang turut disertai beberapa

    pengawai dari JPMK. Antaranya ialah Prof Jamil dan Encik Khari Jalaludin (sering menyamakan dirinya dengan YB Khairi Jamaludin-http://www.facebook.com/profile.php?id=1824075400&ref=search&sid=100000352658144.4188050174..1)

    Dalam pertemuan tersebut turut dinyatakan bahawa 90% anak-anak Johor di Mesir terlibat dengan pembangkang!!

    Pihak yang mengeluarkan kenyataan ini harus bertanggungjawab atas laporan

    ini yang entah dari mana sumbernya.Laporan ini
    juga menyebabkan mereka yang dihantar untuk menjaga kebajikan anak-anak

    JOhor di Mesir ditekan dan diminta memberikan
    laporan tentang mereka yang pro pembangkang.Ada yang mengatakan juga zakat

    johor akan diturunkan disebabkan laporan ini.
    Apa untungnya laporan ini!!.Hanya menyusahkan anak-anak johor di Mesir

    serta mereka yang sepatutnya dihantar untuk menjaga
    kebajikan anak-anak johor dipaksa memberikan laporan politik pula.

    Dalam pertemuan tersebut juga,kelihatan beberapa anak johor dalam pertemuan

    tersebut.Apa kapasiti mereka dalam
    perjumpaan tersebut?Adakah mereka hanya mendiamkan diri dalam isu ini?

    Diseru kepada anak-anak Johor di Mesir melakukan solat hajat agar mereka

    yang mengeluarkan kenyataan yang berunsur fitnah ini mendapat pembalasan daripada Allah taala.Anak-anak johor di bumi Mesir seharusnya bangkit menidakkan laporan yang
    diberikan hanya akan menyusahkan anak-anak Johor yang berada di Mesir serta

    menyebabkan mereka yang dihantar untuk menjaga
    kebajikan akan tersasar dari tugas yang sepatutnya.Adakah anda semua sanggup melihat perkara ini dibiarkan begitu sahaja?

    BalasPadam
  2. malaysiabaru.com said,

    salam. bukan sahaja pendekatan baru perlu di buat .. tetapi tempoh pemimpin pkr ( exco selangor) juga perlu di pendekan.

    ada 10 sebab pkr kalah di hulu selangor click >

    www.malaysiabaru.com

    BalasPadam