Isnin, 26 April 2010

MARI KITA SELAMATKAN PENGHUNI FELDA INI

Oleh: WFAUZDIN NS

SETUJU atau tidak, kita mungkin terpaksa akui betapa kita masih belum berkesan di dalam menarik sokongan di kalangan pengundi-pengundi Melayu terutamanya di Felda. Tidak keterlaluan jika kita andaikan bahawa penduduk-penduduk di Felda ini seperti terkongkong pemikiran mereka umpama berada di dalam dunia yang asing. Mereka tidak boleh disalahkan seratus peratus sekiranya mereka gagal memahami agenda perjuangan PR.

Kita masih bernasib baik kerana pengundi-pengundi di felda ini tidak menggunakan kaedah mengundi pos sebagaimana warga tentera atau Polis walaupun kebebasan berpolitik seperti dikawal. Mereka seolah-olah tidak bebas atau takut untuk mengundi PR sebagaimana yang berlaku di dalam tentera dan Polis. Mereka mengundi seperti kita semua juga, tetapi mengapa kita lihat begitu sukar untuk mereka memilih kita sedangkan mereka sedar kehidupan mereka tidak sesempurna mana.

Adakah kita tidak melakukan sesuatu untuk meyakinkan mereka bahawa kita mampu mengubah nasib mereka? Atau, mungkin kita telah lakukan untuk kebaikan masa depan mereka cumanya kita terlewat untuk bertindak? Cukupkah apa yang telah kita lakukan di dalam perancangan dan aktiviti kita untuk mendekati dan merakyatkan penghuni felda ini?

Itu semua mungkin akan difikirkan oleh pimpinan kita di dalam merumus segala masalah dan faktor-faktor mengapa golongan ini seolah-olah tidak berani mendampingi perjuangan kita. Masa belum terlambat lagi untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Semua penghuni di felda amat memerlukan kehadiran kita untuk membantu mereka agar lebih terbuka mindanya menerima perubahan. Kita tidak boleh biarkan mereka sentiasa diperkotak-katikkan oleh Umno/Bn. Mereka orang Melayu yang perlu dibebaskan dari kongkongan Umno/Bn.

Tamatnya pilihanraya di Hulu Selangor ini tidak bererti tamatnya riwayat atau pengaruh Apco. Selagi Umno/Bn masih wujud, selagi itulah kita wajib berjuang. Bebaskan negara ini dari pengaruh mereka agar keadilan dapat terus dinikmati bersama. Teruskan usaha kita bersama, jangan menuding jari kepada sesiapa sebaliknya merenung kembali apa yang kurang kita lakukan khususnya kepada penghuni-penghuni felda ini. InsyaAllah, suatu hari nanti golongan ini akan lebih terbuka minda mereka dan akan lahirlah peneroka felda yang bijaksana./wfauzdin.blogspot

14 ulasan:

  1. bagi saya tidak semua pengundi felda berfikiran begitu, cuma sebahagian sahaja... sepatutnya kita mencari jalan bagai mana untuk mendekati mereka. cara berceramah mukin agak sukar kerana orang yg datang mendengarnya adalah org yang telah menerima perjuangan kita. jadi bagi pejuang-pejuang di felda, dekati mereka dengan fakta, bukti dan contoh. bermula dengan seorang, kemudian sorang lagi dan seterusnya. ada setengah orang melayu pantang bila kita memburukan orang lain, jadi gunakan psaikologi, Insyaallah, akan berjaya walau memakan masa.

    BalasPadam
  2. semua jentera telah bekerja kuat.usah menuding jari pada mana mana pehak dalam pakatan.memang majoriti pengundi Melayu sukar berubah.pada mereka habuan kebendaan dan sogokan segera adalah kemuliaan walaupun Islam mengajar rasuah adalah jenama najis terbesar.mereka jenis lurus bendul walaupun pemimpin mereka SEMUANYA jenis hipokrit.
    diwaktu bertempik bersatulah Melayu,dalam masa yang sama mereka berjuang hapuskan suara Melayu.inilah Melayu yang dipimpin olih orang Melayu yang meletakan PARTI DIUTAMAKAN,ISLAM DIKEMUDIANKAN.

    BalasPadam
  3. saya setuju dengan pandangan saudara, orang felda memang bodoh kerana memilih BN. mereka telah di perbodohkan oleh kerajaan untuk masa yang cukup lama. mereka sedar janji-janji kosong PR tidak membawa mereka kemana2, kelau bukan kerana perancangan orang2 bodoh dalam BN tentu orang2 melayu akan terus merempat dibandar2. PR hanyalah satu2nya wadah untuk terus menipu rakyat. hidup rakyat!

    BalasPadam
  4. Mungkin ada hikmah di sebalik kekalahan PKR dan PR semalam. Hakikatnya masih ada golongan Melayu yg masih belum terbuka minda mereka, masih dibuai dengan isu ketuanan Melayu, takde BN takde makan bla bla bla yg semuanya adalah khayalan semata-mata.

    Masih ada masa lagi untuk PR turun padang menerangkan fakta tentang kelentong/penipuan puak BN ini. Kepada golongan muda ayuh kita ubah fikiran kaum keluarga kita tolak pemimpin yg korup dan rasuah. Alhamdulillah, dalam hal ni saya telah berjaya. Teruskan Perjuangan! Reformasi!

    BalasPadam
  5. Salam perjuangan,

    Hari ini dalam the Edge meramalkan yang PRU 13 mungkin akan diadakan lebih awal iaitu pada Januari 2011. Ini memandangkan keapda faktor ekonomi yang meningkat naik dan populariti Najib sekarang sebanyak 68%.

    Pilihan raya ini penting bagi kerajaan yang memerintah kerana beberapa polisi tidak dapat dilaksanakan pada tahun ini dan hanya kemenangan dalam PRU 13 membolehkan mereka melaksanakan GST, Kenaikan Harga Minyak dan Kenaikan Tarif Letrik dan Air.

    Sekiranya dilaksanakan sekarang ia tidak membantu kerajaan yang memerintah malah kerajaan sekarang akan kalah dalam pilihanraya yang akan diadakan. Jadi jalan terbaik adalah dengan mengawalkan tarikh pilihanraya dan pekara tersebut dilaksanakan selepanya. Dan kerajaan akan sempat untuk memperbaiki damage yang dilakukan dalam tempoh 4 setengah tahun sebelum PRU 14.

    BalasPadam
  6. Memang sukar untuk membuka pemikiran masyarakat Felda. Saya pun anak generasi kedua di salah sebuah felda di Gerik,Perak. Anak2 felda yang belajar tinggi @ mereka yang bekerja di luar kawasaan felda seperti di bandar mungkin boleh menyokong pakatan rakyat. Manakala anak2 felda yang habis belajar bekerja @ tidak dan masih tinggal di felda...ini payah lea!

    Masalah sosial banyak di Felda..maklumat tentang PR tak banyak, kuliah agama kurang...macam mana nak pilih pemimpin?. Letaklah siapa pun asalkan dari BN mesti mereka pangkah bagi menang. Hatta letak calon Dr Chua Soi Lek pun saya yakin boleh menang. Janji makan minum mereka terjamin. FELDA pun telah dicanangkan sebagai satu kejayaan bagi membantu orang melayu khususnya. Kalau dapat bantuan RM100 pun dah anggap BN mulia dah. Kebanyakkan rumah di felda ada ASTRO..mereka tadah ilmu dari situ.

    Abang sulung saya ketua pemuda UMNO di felda...mana boleh terima pakatan rakyat melayu rugi katanya. Sentimen cina @ DAP masih kuat. "Tengok sekarang nie ramai orang cina di parlimen bila pr menang" tambahnya lagi. Saya nak cakap balik kat abang mana berani...ni adik perempuan dia jea..padahal mereka menangkan cina juga di Gerik. Genarasi pertama lagi lah sukar...mak saya boleh kata dekat kami masa PRU12 dulu "hangpa pilihlah depa, mak tak mau". Warga Felda masa tu dapat berapa saya tak pasti..yang pastinya mak saya memang nak daptkan duit itu. Tapi adik beradik(10 org adik beradik) yang lain semua duduk di kuala lumpur dan mereka semua sokong PR. Bayangkanlah bila P/R umum.

    Di Felda, tarbiah kurang...senang kata ilmu agama @ ceramah agama amatlah kurang. Masalah sosial tak payah sebutlah...abg yang sulung tu memang lea bagus bab kemasyarakatan nie...kenduri -kendara, org mati pun selalunya dia tolong gali kubur..tapi dia sendiri tak solat. Nampak tak situasi nie...

    Ahli2 PAS @ PKR yang ada di felda mesti main peranan. Kalau boleh dalam aktiviti kemasyarakatan yang baik joinlah sekali w/p berbeza bendera. Kena ada pendekatan psikologi. Balik felda saya boleh cakap pd kak ipar saja.Baru2 ni balik pernah dia cakap ada orang hantar anak ke PASTI..tp org pas ni tak mengajar anak org UMNO. Lagi lea benci pada PAS. Nak senang tunjuk bukti depan mata mereka dulu yg BN ni memang jahanamkan negara...kalau rumah saya ada internet saya buat dah tunjuk kat depa.

    Memang sedih bila difikirkan...yang pastinya usaha yang berganda2 perlu dilakukan.

    BalasPadam
  7. Bismilah Hir Rahman Nir rahim
    Semangat perjuangan kami memang tidak pernah runtuh . Penat lelah kami tidak pernah kami ungkit. Wang ringgit kami yang kami keluar sendiri pun tak pernah kami kesali. Waktu dan tenaga kami yang terbuang pun kami tidak pernah mengadu . Kami akan tetap dengan slogan " LAWAN TETAP LAWAN "
    Cuma persoalannya kami hanya sekadar bantu untuk memenangkan calon calon yang di utarakan oleh Pemimpin Pemimpin Pakatan Rakyat tanpa mempersoalkan walaupun calon adalah bekas peminum arak dan tolak hukum hudud pada masa lalu. Yang kami kesal Negeri Selangor di mana Menteri Besar nya dan pentakbirannya di takbir oleh Pakatan Rakyat tidak mampu untuk menjamin masa hadapan rakyat Negeri Selangor . Alasan yang saya anggap paling bodoh sekali " UMNOBN APCO belanjakan duit sebanyak RM40 JUTA , so what ! Kerajaan PM 1 Malaysia banyak duit takkan nak belanja RM1000.00 untuk berkempen pilihan Raya . ini lah yang paling Bodoh punya alasan .WAKIL RAKYAT baik adun atau parlimen Pakatan Rakyat khusus di Selangor sepatutnya lempang muka masing masing . Asyik bergaduh je si Khalid Samad tak sehaluan dengan Hassan Ali , Azmin Ali tak sehaluan dengan Ronnie Liu ,Teresa dok pikir macamana nak sius off suara AZAN SHOLAT ,Eliz Wong Berkhalwat dengan Lelaki Melayu . Wakil Rakyat PKR Lompat Parti , DLL . Dan Kepada MB SElangor tolong lah pi la turun padang kat kesemua PBT di seluruh negeri Selangor , Macam mana pihak UMNOBN APCO boleh dapat maklumat perihal kelemahan PBT di Selangor . Tidak semua pegawai PBT kat negeri Selangor sokong Pakatan Rakyat , disebabkan itulah Mantan MB Selangor Khir Toyol anugerahkan penyapu kat pegawai pegawai PBT Selangor. Kami faham MB Selangor tidak akan risau kalau PKR kalah kat Hulu Selangor kerana walaupun kalah MB Selangor tetap dapat duit gaji bulanan .Duit Kami asyik keluar macam air free tapi nak masuk balek kena kerja keras . Apa jaminan Ketua2 Pemimpinan Pakatan Rakyat kepada kami dibawah ini ???????????????? hj jamaludin

    BalasPadam
  8. orang felda kat sg buaya ni terutama ni dah lama sangat tunggu duit dia oang..kalau undii PR, mereka lansung tak akan dpt duit tu sebab BN akan kata mintklah kat PR...jadi untuk pastikan seebelum ramai yg meninggal sblm pt duit mereka ( yg dapt tu pun dah uzur belaka)kali ni, mereka nak pastikan yg BN akan bayar mereka sebab yg buat serabut tntang jual beli tanah tu ialah kerajaan BN yg perintah selangor masa tu....

    betul bila ada yg kat aPAS hanay ckp pasalk perpaduan bila ada pilihanraya saja, masa lain org PAS di kg2 akan bergaul sesama sendiri saja dan tonjolkan imej bahawa mereka lebih baik dr org PKR sendiri...jadi macm mana? macam Islam itu hanya ada pd PAS saja...kena la buka minda sikit...campur gaul dgn SEMUA org, tunjukkan peibadi mulia...semua org Islam ni sama je...Allah akan kira taqwa kita bukan parti apa bila kita mati nanti...jadi klau kata org UMNO tu tidak baik, org PAS kena lah bagi contoh yg baik..kalu cakap macam bagus , tp perangai sama mcm UMNO..tak guna yoep...

    BalasPadam
  9. apa perubahan drastik oleh pr semenjak memegang negeri selangor...? ada sapa2 boleh bagitau...?
    cmner nak menang...... patut pun kalah.....

    BalasPadam
  10. puspawangi,...kalau betul niat bn ikhlas nak beri duit pampasan tu pada felda sg buaya,tak perlulah tunggu selama 15 th kan..!!,kenape tak beri semasa umno bn kuasai selangor suatu masa dulu..kenape perlu ada tawar menawar dalam prk ni,(kalau undii PR, mereka lansung tak akan dpt duit tu sebab BN akan kata mintklah kat PR...jadi untuk pastikan seebelum ramai yg meninggal sblm pt duit mereka ( yg dapt tu pun dah uzur belaka)kali ni, mereka nak pastikan yg BN akan bayar) ...pampasan itukan hak org sg buaya,kenapa perlu jadi begini ya...??

    BalasPadam
  11. salam perjuangan...........
    ini entah kali keberapa saya diruangan ini....& saya pernah menyatakan kegusaran saya apabila Najib merelakan meletak calon dr MIC pilihan UMNO....memang BN mempunyai strategi dr awal...tapi mungkin strategi kotor & jelas terbukti di depan mata kita yg sedar....namun kebanyakan org Melayu masih buta hati.....
    secara keseluruhannya saya setuju dengan semua faktor2 yg di beri oleh anda yg menghantar pendapat di sini....namun janganlah mengatakan org2 Felda ini dgn 'bodoh'......sememangnya mereka ini asalnya adalah org2 yg dahulu susah utk mencari rezeki dan terlibat dgn Felda & kebanyakan mereka mungkin kurang ilmu kalau adapun ilmu2 yg mereka dpt dari sistem pendidikan lama & mrk lah produk2 tersebut....di sinilah peranan Anak2 muda yg lebih berpendidikan tetapi berakhlak perjuangan murni & ikhlas utk memberikan mrk 'ilmu' bagi menempuh gelombang politik puak BN....jadi marilah kita teruskan tanpa putus asa dan lena dalam perjuangan ini...............

    BalasPadam
  12. Perbahasan kekalahan PKR ditangan pengundi FELDA kawasan Hulu selangor menjadi isu kini. Apa pun tidak boleh dipersalahkan orang Felda. Sebenarnya banyak aspek kita kena fikirkan mengapa mereka ini tidak mengundi PKR. Seperti beberapa post komentar yang kita baca, ketegalan kaum felda generasi pertama cukup kuat menyokong UMNO kerana mereka mendapat bantuan dari UMNO (BN) pada masa awal mereka meneroka... Para pentadbir Felda juga ramainya dikalangan orang UMNO. Maka ketabsuban UMNO dan BN cukup kuat disini.
    Apapun sebenarnya bukan tidak ada orang PAS dan Keadilan di sana, tetapi tidak menyerlah dan terpinggil. Tidak ada program-program yang menarik dibuat oleh parti PAS dan Keadilan. Berbanding dengan UMNO yang sentiasa mendapat belanja dan program untuk penduduk dan anak-anak mereka. Boleh dikatakan sepanjang tahun ada program dari UMNO.
    Bila ada pilihanraya baru lah berduyun-duyun pemimpin PKR turun dan membuat program. Inilah masalahnya.
    Pendekatan baru PKR perlu disusun dari sekarang dan mencari tokoh-tokoh yang boleh memberi kesan kepada penduduk felda mendapatkan maklumat dan mempengaruhi mereka untuk mendapingi PKR. Cadangan saya ialah kuatkan PAS di Felda dengan mengadakan aktiviti keagamaan dan pendidikan pra-sekolah(PASTI). adalah tarbiah dengan kesedaran Islam. Seperti mana PKR dapat mempengarui pengundi Cina dengan kekuatan dalam DAP. Pada pendapat saya PAS boleh memainkan peranan yang penting sebagai penggerak dalam penjuangan Pakatan Rakyat (PR) di Felda.
    Saya masih ingat pada masa pilihanraya ke-2008, penyokong-penyokong PR di Felda sangat ramai. Misalnya ceramah yang dibuat disalah sebuah Felda di Perak... saya lihat anak-anak remaja menaiki motosikal beramai-ramai mengiringi penceramah PKR... pada masa itu saya sungguh yakin bahawa Felda telah ditawan oleh PKR... tetapi momentom itu telah hilang dan terhakis... mungkin disebabkan penggerak tidak ada di kawasan felda, munkin juga pemimpin PKR tidak mendampingi dan lupa pada mereka.
    Apapun, kita hanya dapat memberi pendapat dan meluahkan perasaan dalam media yang kerdil ini. Perjuangan teruskan berjuang. 'LAWAN TETAP LAWAN', Tuhan yang mengatahui segala-galanya. Yang benar akan menang nanti, InsyaAllah. - pengunjung blog ini yang setia....

    BalasPadam
  13. budakhuluselangor dan anon 6.28PM,...aku bersetuju dgn pendapat kau orang berdua ni,..mulai sekarang PR kena fokuskan pada warga felda dan anak-anak generasi muda ni..PR kena ambil perhatian utk mendampingi mereka-mereka ini...jangan cepat putus asa,perjuangan masih panjang lagi, insyallah suatu hari nanti PR pasti berjaya,takbir..

    BalasPadam
  14. itu la namanya politik..betul golongan awal felda memang di bawah UMNo dan yg menipu mereka pun di kalangan UMNO jugak lah....

    apa PR nak buat? PKR nampak macam partii org kaya, PAS nampak mcm parti org alim...mana titik pertemuannya?

    Memang bagus BNmemang sebab meraka kena tunaikan janji2 mereka yagn berjuta-juta tapi masalahnya kalau mereka mampu tunaikn janji 2 tu semua, buat apa lagi nak undi PR lagi?...pada org felda ni yg penting duit untuk makan minum, sara hidup, untuk anak2 sekolah, bayar api air, ASTRO etc..peduli apa mereka isu APCO? isu altantuya,kapal selam tak boleh menyelam, helicopter berjta2, komisen berjuta2...peduli apa zaid ibrahim dah bertaubat, peduli apa duit yg merek adapat asal dari mana..mereka nak duit mereka jguak..siap pun yg memerintah tak membawa perbahan dalam hidup mereka..PR dalam 2 tahun ni adake turun cuba tolong selesaikan masalah mereka? dah nak PRK baru lantik zaid ibrahm jadi penyelaras felda..duit 1k tunai dah ada dalam tangan mereka waktu tu..

    ada satu cerita..satu makcik penyokong UMNO tp dia tak suka calun BN, jadi dia pangkah calun PKR tapi lepas undi dia masuk 'lorong khas' untuk ambik habuan sebab org memang tahu dia penyokong UMNO...abis tu cam na?

    BalasPadam