Khamis, 1 April 2010

PADAHNYA PILIH SPEAKER BIDAN TERJUN YANG TIDAK TAHU APA

Nizar: Ganesan cabul Perintah Tetap Dewan
Andrew Ong
Mac 31, 10


Ahli dewan undangan negeri Pakatan Rakyat bertindak meninggalkan dewan setelah speaker R Ganesan berulang-kali menolak permohonan mereka bagi menimbulkan peraturan dewan.

Pada sidang media kemudiannya, menteri besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin (PAS - Pasir Panjang) berkata tindakan Ganesan tidak menghormati peraturan dewan.

“Kita bertalu-talu minta supaya Perintah Tetap dihormati. Tetapi kita lihat ia dilacur dan diliwat oleh Ganesan dan Umno-Barisan Nasional,” kata Nizar.

"Perintah Tetap bukan sahaja diabaikan tetapi tidak digunakan sebagai panduan untuk perjalanan dewan,” tambah beliau.

Menurut
Nizar, wakil rakyat Pakatan dinafikan hak mereka sebahgai ahli dewan undangan negeri.

Pada sidang pagi ini, Nga Kor Ming (DAP - Setiawan) cuba membangkitkan Peraturan 3, 4 dan 6 bagi mencabar kesahihan Ganesan sebagai speaker.

Kata Nga, Peraturan Tetap mensyaratkan bahawa pelantikan speaker baru hanya boleh dibuat jika berlaku keksongan dan ia mesti dijalankan menerusi pengundian.

Bagaimanapun
sebelum Nga boleh menghabiskan bacaannya mengenai Peraturan Tetap, Ganesan mencelah dan mendakwa pelantikannya pada 7 Mei tahun lalu adalah sah. Dia kemudiannya mengarahkan Nga supaya duduk.

Ganesan kemudian bertindak menutup mikrofon Nga dan meneruskan sidang dengan sessi soal-jawap.

Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata tindakanpembangkang yang menimbulkan kekecohan serta bertindak keluar beramai-ramai itu seperti sudah dirancang dari awal.

“Ini boleh dilihat daripada tindakan sebahagian besar mereka yang berpakaian serba hitam dan membawa poster dalam dewan. Pembangkang cuba jadikan DUN sebagai kandang dan tempat demonstrasi," katanya pada sidang media berasingan.

Pada sidang pagi tadi, adun Rungkum, Datuk Shaarani Mohamad mencadangkan kepada dewan agar memohon kepada Sultan Perak bagi menarik semula gelaran 'Datuk Seri' yang diberikan kepada Nizar dan 'Datuk' kepada Datuk Ngeh Koo Ham (Sitiawan)./Malaysiakini

2 ulasan:

  1. kesian aku tgk PR ni..meroyan2..tamak kuasa sampai tanggungjwab sbg wakil rakyat di abaikan..

    politik kepartian melebihi segalanye..

    agaknye diorg ni paham ke tak tugas2 dan tanggungjawab wakil rakyat?

    bodoh, bangang dan tolol, same gak ngan tuan empunye blog ni..

    BalasPadam
  2. HAHAHA aku lg kesian tgk ko anon 9:02...rupanyer ko ni mmg pencacai buta dh x nampak yg mana lbh bertanggungjawab terhadap rakyat perak...nape lah ko d lahirkan begitu bodoh dan bangangg x bole pikir..tu lah klu dh pencacai tu pencacai jugakla...

    BalasPadam