Jumaat, 2 April 2010

PRK HULU SELANGOR - BLOG PRO UMNO CUBA BERMAIN DENGAN ISU GAMBAR YB ELI ?

Oleh: WFAUZDIN NS

PILIHANRAYA Kecil Hulu Selangor semakin hampir dan yang pasti rimas, resah gelisah dan membuatkan tidak tidor lena tentunya Najib. Nasib 1 Malaysia serta nasib APCO akan bergantung dengan PRK ini. Masalah utama buat Umno adalah bagaimana untuk mencari modal yang kukuh dan mantap agar rakyat di Hulu Selangor akan menyatakan bahawa Selangor di bawah PR lebih teruk dari Bn di bawah Khir Toyo. Itu masalah besar mereka. Blog-blog yang pro Umno pun naik peninh untuk mencari jalan bagi membantu Najib, ditambah pula dengan ragam MIC untuk terus mencuba nasib di Parlimen tersebut.

Di dalam sebuah blog pro Umno di sini, mereka terpaksa kitar semula modal basi dan lapuk serta tidak releven itu untuk memburukkan PR. Isu gambar separuh bogel YB Elizebeth Wong, Exco Selangor yang diambil curi di dalam kediamannya suatu ketika dahulu ingin dijadikan modal mereka. Kita tahu kes tersebut masih belum selesai dan kita tidak tahu mengapa orang yang terlibat mencuri gambar tersebut sehingga kini tidak dapat dikesan atau didakwa. Gambar itu telah disebarkan meluas melalui internet dan kita tidak merasa hairan dengan gambar yang menjadi pelik kepada puak-puak Umno itu. Kununnya pula, ada video sekitar 8 minit aksi Exco terbabit menukar pakaian. Pelik kah? Berada di dalam rumah sendiri, separuh bogel atau berbogel sekali pun dan menukar pakaian itu pelik sangatkah? Apatah lagi orang berkenaan Non Muslim.

Jika hujah mengatakan gambar itu diambil oleh teman lelaki istimewa Exco berkenaan, di mana teman lelaki itu kununnya? Polis masih menyiasat tentang kes walaupun sudah berkurun lamanya. YB Eli pula membuat dakwaan gambar itu diambil curi dan tentunya menjadi satu kesalahan sesiapa sahaja menceroboh `privacy' orang lain. Sekiranya tidak yakin dengan pengakuan YB Eli itu, cari lah orang yang dikatakan mengambil gambar berkenaan dan soal siasat beliau untuk memastikan samada gambar itu diambil dengan keizinan dan soal siasat juga apakah hubungan orang itu dengan YB Eli. Tetapi kes ini seperti terbantut seperti ada sesuatu yang tidak kena.

Seandainya Umno ingin bermain hujah dengan mengaitkan isu ini sebagai isu moral pimpinan PR di Selangor, ternyata mereka silap besar dan bodoh bukan kepalang. Akal yang waras boleh membandingkan di antara dua isu yang mana satu amat memalukan dan teramat aib. Pertama isu foto curi separuh bogel YB Eli dan keduanya isu VCD Lucah seorang pemimpin utama MCA yang pemimpin itu sendiri mengakui perbuatannya `berselingkuh'. VCD itu bukan sekadar 8 minit seperti yang dikatakan VCD YB Eli tukar pakaian itu. YB Eli dilihat berpakaian separuh bogel dalam keadaan tidor di rumahnya tanpa kelibat seorang pun lelaki disampingnya, manakala VCD pemimpin utama MCA itu memperlihatkan apa? Malu untuk disebut aksi pemimpin utama di dalam parti komponen BN itu. Ini bukan fitnah, tetapi diakui sendiri oleh pemimpin berkenaan. Akhirnya pemimpin berkenaan diangkat menjadi pemimpin utama dalam parti komponen 1 Malaysia, Malaysia Boleh!!

Justeru itu, di mana letaknya muka mereka yang menyanjung 1 Malaysia ini untuk bercakap soal moral? KM Melaka yang disabitkan dengan rasuah politik wang oleh Umno sendiri diangkat menjadi KM, masih ingin bercakap soal moral? Mantan MB Selangor yang pernah menerima hadiah jam tangan ribuan ringgit serta mempunyai mahligai yang Tun Mahathir pun tidak percaya berharga 3 juta itu, masihkah Umno tidak malu untuk menjerit `ketuanan Melayu' atau `rakyat didahulukan'? Bagaimana pula dengan kes seorang Ahli Parlimen Umno yang dikatakan meraba punggung seorang wanita itu dan akhirnya laporan Polis terhadapnya ditarik semula? Mahu bercakap soal moral lagi? Itu belum di kira kisah seorang isteri pemimpin negara yang mencium pipi seorang artis dan pelakon Bollywood, memeluk seorang jaguh sukan lelaki yang bukan Muhramnya. Oleh itu wahai Umno, lupakan sahaja niatmu untuk bercakap pasal moral sebelum kamu melihat dahulu wajahmu di depan cermin.

Jelas terbukti bahawa sesungguhnya Umno sudah bangkrap idea untuk membuktikan keburukan pimpinan PR. Tidak hairanlah mengapa DS Anwar ingin diambil tindakan agar beliau digantung dari menghadiri Parlimen semata-mata pemimpin Umno kecut perut untuk berlawan secara hujah dan fakta. Pelik apanya Rais anak Yatim menggunakan Jabatan Penerangan dengan mengarahkan jentera kerajaan ini bekerja keras di Hulu Selangor nanti. Itulah senjata yang mereka ada dan itulah talian hayat mereka. Cuba sebut satu tempat yang mana Umno/Bn bertanding secara `anak jantan'? Kalau ada yang mampu sebut dan buktikan satu tempat yang Umno/Bn bertanding secara `anak jantan' esok pagi saya akan isi borang Umno./wfauzdin.blogspot.com

4 ulasan:

  1. Percaya lah bhawa UMNO itu penyamun. Mari kita terus lawan mereka di Huli Selangor.
    Hapuskan BN/UMNO di bumi ini!!!!!

    BalasPadam
  2. Apa yang tak kena dengan mu Wan?.Asyik promote laman pro umno saja.Kalau mu tak tau,aku nak bagi tau,lawan pro umno ini tak dibaca olih mana mana pembaca blogger termasuk mereka yang pro umno sendiri.Olih itu menjadi tugas mereka mereka yang dibayar olih umno untuk mempromote blog blog ini dengan berselindong dibawa nama blogger pro Pakatan.Ezam dan Lokman dulu pun adalah hero Pakatan,tapi bila ada peluang,kawan ditikam.Mu jangan buat macam tu.Kalau tak ada duit,mai minta kat aku.Aku bagi pinjam tak payah bayar.

    BalasPadam
  3. Kita berperang hendaklah kenal dgn musuh kita. Blog pro PR mestilah berani berhujah dan menangkis serangan lawan. Bagaimana untuk menangkis jika kita tidak kenal siapa lawan kita? Bukan masalah promote blog, kalau ikutkan ramai yang menonton TV3, Utusan Meloya, tapi ramai ke yg percaya? Inikan pula blog yang kita sendiri mampu tangkis hujah bodoh mereka. Tentang tuduhan anda di atas yg mengatakan blog ini adalah blog upahan Umno yg mengaku Pro PR, terpulanglah, Allah maha mengetahui. Jika anda lihat dan baca semua yg terkandung di dlm blog ini semenjak dr awal ia dibuka, pasti akal anda boleh berfikir.> Blogger

    BalasPadam
  4. umno tetap menanag di ulu selangor

    BalasPadam