Khamis, 22 April 2010

Sesumpah Panas Dan Gelisah Di Dalam Kotak

Ezam cabar Anwar, Azizah dedah kandungan 6 kotak
Apr 22, 10


Bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ezam Mohd Nor, hari ini mencabar ketua umum PKR dan presiden parti itu, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, supaya menjelaskan kedudukan enam kotak yang dikatakan mengandungi dokumen mengenai salah laku pemimpin kerajaan.

Berita Harian Online memetik Ezam yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata, mereka berdua sepatutnya mendedahkan kandungan kotak berkenaan yang dijaja sebagai modal politik sejak 1999 selepas Anwar dipecat daripada Umno dan kerajaan.

Sambil menegaskan beliau tidak pernah menyimpan kotak berkenaan atau membaca kandungan dokumen di dalamnya, Ezam berkata beliau hanya ditunjukkan kotak berkenaan ketika disimpan di kediaman Anwar selepas bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipecat.

"Selepas dipenjara, Anwar memesan melalui Wan Azizah supaya saya sentiasa membangkitkan soal kandungan kotak berkenaan pada ceramah dan saya hanya menurut perintah....Saya difahamkan kotak berkenaan kemudian diberi kepada beberapa saudara dan rakan untuk disimpan di dalam dan luar negara.

"Sebaliknya, apabila saya keluar daripada PKR, mereka menyatakan saya yang menyimpan kotak berkenaan untuk menjejaskan kredibiliti saya....Justeru, saya mencabar Anwar dan Wan Azizah mendedahkan kandungan kotak berkenaan," kata Ezam di Rumah Kelantan di Bukit Beruntung, tengah hari tadi.

Ezam diminta mengulas isu kotak berkenaan yang sebelum ini menjadi modal ceramah beliau serta pemimpin PKR untuk memburuk-burukkan pemimpin kerajaan kepada rakyat.

Selepas meninggalkan PKR dan menyertai Umno, beliau bukan saja dikutuk kerana meninggalkan perjuangan mereka tetapi juga digelar ahli parti itu sebagai "Ezam Kotak".

Semalam, Ezam mendakwa mempunyai dokumen lengkap yang dapat membuktikan Anwar mempunyai hubungan dengan pemimpin Yahudi.

Malah, katanya, beliau bercadang menyerahkan dokumen berkenaan kepada Parlimen sebagai bukti yang Anwar memang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Yahudi./Malaysiakini

Blogger Said:

Sudahlah wahai raja kotak. Kamu dulu bercerita pasal berkotak-kotak, rupa-rupanya kamu tak tahu apa yang berada di dalam kotak itu? Habis, yang kamu pergi seluruh Balai Polis bawa laporan rasuah dulu tu kamu tak bawa apa-apa ke? Bawa air liur kamu saja ke? Nampak sangat kamu ini bodoh senang-senang saja ikut arahan bos kamu. Tidak hairanlah sekarang ni kamu juga sondol je apa Najib dan Apco cakap, pasal kamu memang kaki sondol tak guna otak. Siapa lagi nak percaya pada orang yang tak guna otak seperti kamu ini, wahai raja sesumpah?

3 ulasan:

  1. sekarang ni kita cakap pasal benda lain. bodoh betul. jangan nak korner macam anwar juga, bacul tu...

    sebenarnya anwarlah seorang sesumpah. dulu cakap lain, sekarang cakap lain. dasar manusia oportunis dan tak ada prinsip.

    BalasPadam
  2. pak ngah sdap ker jilat santan raja sesumpah haha...pak ngah2 nape la ko d butakan hati dan bodoh yg amat bengap...tu la byk sgt jilat santan umngok...

    BalasPadam
  3. Pakngah tu buta hati dan buta perut sebab bnyk sgt makan santan. Otak letak kat kepala lutut

    BalasPadam