Ahad, 11 April 2010

SPY UMNO YANG BERSEPAI DI HULU SELANGOR

MAKA Spy Leman kununnya spy pro Umno membawa berita hasil `risikan'kannya di Hulu Selangor. Dia pun mendapat berita yang dikutip dari tong-tong sampah, biasalah puak-puak mereka ini memang suka jadi pengutip sampah. Macam media mereka juga yang mengambil berita di tepi-tepi longkang seperti anjing mencari makanan.

Kununnya Spy Leman mendapat berita bahawa berlaku pergaduhan di Hulu Selangor baru-baru ini melibatkan AMK yang dikatakan berebut untuk menjadi calon. Sedangkan kita semua tahu berita pergaduhan itu telah diketahui umum di mana berlaku sewaktu lawatan Presiden MIC ke satu kawasan di Hulu Selangor. Bukankah MIC telah dipilih oleh Najib untuk mewakili Bn di dalam pilihanraya itu nanti. Justeru itu, tidak hairanlah mereka bergaduh sesama sendiri untuk menonjolkan calon pilihan masing-masing. Sammy Vellu dan pimpinan MIC mahukan tokoh kedua penting MIC sebagai calon, tetapi MIC tempatan mahukan yang lain. Umno pula katanya mahukan calon `proksi' Umno dalam MIC sebagai calon. Kecoh sungguh Bn bila hendak berebut kerusi.

Kita tidak tahu bagaimana Spy Leman melaksanakan tugas `spy' nya yang jelas bersepai. Jika itulah standard Spy Umno, buang karan saja. Lain yang berlaku, lain yang dilaporkan. Lebih baik bawa `Mat Bond' dalam cerita lakonan Mat Sentul tu untuk dijadikan Spy Umno. Sudah tentu bodoh. /wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. salam..
    Salam perjuangan..

    dari ayat dia teman dah tau dia tak sampai pun ke sini!!
    pusing2 area KKB dan Bkt Sentosa terus dapat cerita yang AMK bergaduh? hahah!!

    Teman dok dengan geng2 AMK 2-3 hari ni.. kami takde di kawasan tu.. hahahah!

    menipu dah jadi adat dalam UMNO ni ..
    tak menipu tak boleh! tak ceria dia!

    sama macam Israel! asyik nak menipu je!

    BalasPadam