Jumaat, 9 April 2010

UMNO DAN PERKASA DICABAR BERTANDING DI HULU SELANGOR

09 April 2010

Bahang pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor makin membara. BN masih lagi berteka-teki dan terkial-kial untuk mencari calon yang sesuai untuk berhadapan calon Pakatan Rakyat. Perdana Menteri 1Malaysia menutup spekulasi parti mana dari BN yang bertanding dengan menyatakan Hulu Selangor ditandingi oleh MIC.

Ini bermakna impian Umno dan Perkasa yang mendakwa memperjuangkan ketuanan Melayu untuk bertanding tertutup. Walau bagaimanapun impian Umno dan Perkasa masih belum lebur dan terkubur. Jika tidak dapat bertanding atas tiket BN, mana-mana yang mendakwa pejuang Melayu dalam Umno dan Perkasa masih boleh bertanding di Hulu Selangor.

Sistem pilihanraya di Malaysia membenarkan mana-mana individu yang berumur lebih 21 tahun dan berdaftar sebagai pengundi atau pemilih layak untuk bertanding sebagai calon pilihanraya. Lainlah kalau yang mendakwa sebagai pejuang Melayu dalam Umno dan Perkasa terdiri daripada mereka yang belum cukup umur dan aqil baligh.

Jika tidak ada seorang pun yang mendakwa pejuang Melayu dalam Umno atau Perkasa bertanding di Hulu Selangor bermakna mereka merupakan golongan pengecut dan pengkhianat Melayu. Mana mungkin pengundi Melayu seramai 53.94 % di Hulu Selangor terpaksa tunduk kepada hanya 18.98% pengundi India? Lainlah kalau semua yang mendakwa pejuang Melayu dalam Umno dan Perkasa memang muka tak tahu malu!/Angkasanuri.blog

Tiada ulasan:

Catat Ulasan