Isnin, 31 Mei 2010

BAPA JUDI NASIHAT KAT KITA JANGAN PERCAYA KAT ANWAR !!

Aku malas nak komen banyak la pasal `Bapa Judi' menasihatkan rakyat jangan percaya kepada janji Anwar. Aku tengok kat berita Awani petang tadi, Bapa Judi ni bagitau Anwar tu cuma boleh berjanji tapi belum tentu boleh laksanakan.

Maka, Bapa Judi ini pun menyebut tentang projek 16 Sept yang dulunya dicanangkan oleh Anwar. Aku tak tahu la mengapa bodoh sangat Bapa Judi ni, masakan dia tidak tahu mengapa projek 16 Sept itu gagal? Jika Anwar berbohong, mengapa berduyun-duyun MP Umno/Bn melancung ke Taiwan? Mengapa Pak Lah takut nak panggil Dewan bersidang untuk buktikan bahawa sokongan terhadap Anwar mencukupi? Dan, bukankah MP katak Zahrain pun akui projek 16 Sept memang satu perancangan Anwar dengan menyebut beberapa orang MP dari Bn yang menyokong Anwar? Kegagalannya adalah disebabkan tekanan dan takutnya geng-geng Bapa Judi ini untuk menyaksikan peralihan kuasa berlaku di Parlimen secara demokrasi bukan seperti di Perak.

Kerana takutnya itulah, maka usul tidak percaya ke atas kerajaan di bawah sekutu Apco itu tidak dapat diadakan. Ertinya, plan 16 Sept tidak bohong cuma ianya tidak dapat direalisasikan akibat kebaculan puak mereka.

Lagi satu, kita mahu percayakah kepada orang yang keluarkan lesen judi ini? Dia yang beri biasiswa untuk pelajar-pelajar agama baru-baru ini dan dia jugalah yang keluarkan lesen judi. Sama seperti kambing kita makan buat gulai, daging babi kita buat sup dan ajak orang makan ramai-ramai. Orang Non Muslim makan daging kambing, dan yang puak-puak mereka pilih daging apa?

Ooopss..lupa pulak aku nak bagitahu siapa yang aku maksudkan dengan Bapa Judi yang aku sebut ni. Kalau nak tahu, korang yanyalah YB Mahfuz, dia lebih tahu./mandor.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan