Ahad, 23 Mei 2010

GAGAL PIALA THOMAS - ALASAN BODOH BAM

Friday, May 21, 2010

MEMERANJATKAN apabila Presiden BAM, Dato' Nadzmi cuba mengaitkan media di antara faktor kegagalan Malaysia di dalam Kejohanan Piala Thomas baru-baru ini. Kununnya para pemain tertekan dengan berita-berita saban hari yang dilaporkan oleh media. Pelik, sewajarnya para pemain dapat menaikkan semangat apabila media memberi tumpuan terhadap kejohanan tersebut.

Mungkinkah ini salah satu taktik BAM untuk mengalihkan perhatian orang ramai terhadap kelemahan di pihak BAM sendiri? Bayangkan jika pihak media langsung tidak memberi liputan ke atas kejohanan tersebut. Tentunya alasan terbaik diberikan oleh BAM di atas kegagalan tersebut dengan menuduh pula pihak media tidak mempromosikan atau tidak bekerjasama dengan BAM. BAM sepatutnya menyuluh di cermin apakah kelemahan yang ada sehinggakan rakyat telah dikecewakan sedemikian rupa. Dari awal lagi kita melihat kejohanan ini tidak dipandang penting oleh pihak-pihak tertentu dengan lemahnya promosi dijalankan walaupun hampir seminggu kejohanan akan bermula.

BAM pula sibuk dengan krisis dalamannya dengan peristiwa pecat memecat dikalangan pegawai mereka. Kununnya tiga hari latihan mental di Port Dickson tidak mencukupi, maka secara tidak langsung BAM mengakui kelemahan perancangan dan strategi mereka. Jadi, tunggu apa lagi? BAM wajib dirombak serta merta akibat kegagalan ini. Apabila BAM hanya meletakkan sasaran untuk mara ke Separuh Akhir sahaja, jelas menunjukkan BAM sendiri hilang keyakinan dan tidak percaya kepada kebolehan pemain negara. Jika BAM sendiri tidak yakin, bagaimana pemain mesti yakin? Jangan salahkan media kerana media tidak merancang program dan latihan, media juga tidak menentukan siapa yang dipilih untuk mewakili negara.

Cara terbaik yang boleh dilakukan sekarang hanyalah satu iaitu BAM dirombak semula. BAM perlu tenaga baru yang lebih segar dan yakin untuk memajukan mutu badminton negara bukannya pegawai yang bertahun-tahun asyik mensasarkan Suku Akhir atau Separuh Akhir sahaja./mandor.blogspot

Tiada ulasan:

Catat Ulasan