Selasa, 25 Mei 2010

JAMIL KHIR - KITA TANYA SOAL JUDI, DIA CERITA PASAL LOMPAT PARTI

Lambang Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT)

Sunday, May 23, 2010

DI DALAM kesibukan kita bertanya kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir tentang komen, ulasan atau pandangannya tentang lesen judi yang dikeluarkan oleh kerajaan, bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera ini bercerita pasal lompat parti di Kedah pula. Beliau yang juga Ketua Penerangan Badan Perhubungan Umno Kedah menyatakan jika ada Adun dari PR yang melompat keluar dari parti adalah kerana Adun berkenaan tidak mahu menipu rakyat, katanya.

Hakikatnya malam semalam di dalam satu ceramah umum di Kedah, telah dibuktikan dengan jelas tiada sebarang niat Adun-Adun dari PR yang ingin melompat parti. Justeru itu, usahlah Jamil Khir bersusah payah untuk mengutip isu berkenaan. Sewajarnya beliau selaku Menteri yang bertanggungjawab di dalam urusan berkaitan agama Islam terlebih dahulu peka dan sensitif dengan isu lesen judi bola sepak yang baru diluluskan itu.

Tidak hairan jika beliau tidak mampu untuk bersuara membela agama di dalam kabinet Najib sedangkan sewaktu beliau menjadi Pengarah KAGAT di dalam ATM iaitu satu organisasi sekecil itu pun beliau gagal melahirkan warga tentera yang mempunyai kemantapan iman yang kuat. Masakan beliau berupaya mengubah dasar negara di dalam keadaan jawatan yang beliau pegang sekarang pun datangnya dari belakang tanpa melalui pilihan raya.

Siapalah Jamil Khir yang mungkin ingin mengubah Umno dari dalam sepertimana juga Mashitah Ibrahim dan Firdaus bekas Imam Besar Masjid Negara itu. Apa yang mereka lakukan di dalam kabinet Najib? Memalukan, sebaik sahaja Jamil Khir dilantik sebagai Menteri yang menjaga agama tiba-tiba lesen judi bola sepak diluluskan. Tidakkah Jamil Khir, Mashitah dan Firdaus merasa tercabar? /mandor.blogspot.com

1 ulasan:

  1. jamil khir lulusan agama mabuk habuan dunia...

    BalasPadam