Khamis, 13 Mei 2010

LIWAT 11 - BLOG PRO UMNO SEMAKIN BENGAP?

Wednesday, May 12, 2010

Laman-laman web pro-UMNO/BN dengan jelas memberikan hujah berkaitan 377B atau 377C itu tidak penting, tetapi yang penting kata mereka 'masuk tetap masuk'. Tidak penting liwat paksa atau suka sama suka, tetapi kata blogger pro-UMNO/BN adalah masuk tetap masuk.

Namun yang ingin kita persoalkan hari ini adalah persoalan kredibiliti saksi. Jika Saiful Bukhari mengatakan liwat dilakukan secara paksa, maka siapa pula yang mengatakan secara rela? Apakah Peguam Negara, Polis atau Siapa?. Ini perlu dijelaskan. Saksi mengatakan yang berlainan dengan pertuduhan di mahkamah? Jika kenyataan saksi tidak konsisten, apakah ini mungkin menunjukkan bahawa yang mahu mendakwa Anwar Ibrahim atas kesalahan ini adalah orang lain? Siapakah mereka? Adakah mereka individu yang ditemui Saiful Bukhari sebelum laporan polis dan pemeriksaan hospital dibuat?

Ini kerana tuduhan saksi tidak tepat dengan 'charge' yang dibuat. Pertuduhan adalah pertuduhan yang cacat dan salah. Jarang sekali jika berlaku sesuatu tuduhan oleh mangsa berlakunya pertuduhan yang salah. Jika seseorang kehilangan unta, maka yang didakwa dimahkamah adalah pencuri unta. Namun saksi memberikan kenyataan bahawa beliau mengetahui siapa individu pencuri kambing pula. Lain yang dituduh, lain pula kenyataan di mahkamah. Ini sungguh menghairankan kita. Kita persoalkan siapa yang sebenarnya mahu mendakwa Anwar Ibrahim?

Apakah ini pendakwaan konspirasi politik? Tidak nampak konsistensi kenyataan Saiful Bukhari dengan pertuduhan terhadap Anwar Ibrahim. Ini kata peguam, apa pula kata kita sebagai rakyat dan anak muda?./nazreeyunus.blogspot

Ulasan Blogger:

Mengapa bodoh sangat Blogger Pro Umno tu? Tidak tahu beza ke liwat secara paksa dan rela? Susah sangat ke hendak beza rogol dengan zina? Memang la masuk tetap masuk,sama seperti rogol dan zina tapi tentulah jauh bezanya dari segi pertuduhan, mangsa atau tertuduh dan lebih-lebih lagi hukumannya. Itu lah pasal jangan duduk lama dalam Umno kerana akan menjadi gelap hati dan bengap. Lojikkah mangsa rogol boleh disamakan dengan pasangan berzina?

6 ulasan:

  1. kenapa tak ada dalam laporan doktor pasal minyak pelincir di dubur ????

    BalasPadam
  2. kalau bilas je minyak pelincar tak tanggal beb!!

    BalasPadam
  3. aku setuju dengan apa blogger umno kata.tak kira paksa atau tidak,dengan mempertikai rela atau tidak yang penting adalah DSAI kaki liwat.
    tapi satu yang kita kena lihat.seakan mereka sengaja megujudkan scrip yang haru biru ini supaya tanggapan seperti diatas ujud.mereka tidak kira penghujung kes,yang penting DSAI dapat dimalukan seperti yang mereka kehendaki.contohnya lihat kita sendiri tidak sedar bahawa bahawa kita seakan mengakui samada rela atau paksa,ia adalah kes liwat.
    namun kita tunggu bagaimana karpal singh nak merungkai yang serabut ini supaya akhirnya kita yang tidak tau bahasa undang undang akan melihat ada beda rela dan paksa yang hakikatnya kedua dua ayat ini hanya satu tuduhan yang diadakan adakan .

    BalasPadam
  4. tahap kesabaran rakyat masih tinggi walaupun diperbodohkan oleh UMNO. Namun rakyat akan tunggu bilamana UMNO gagal mempertahankan pemerintahannye, waktu itu kita boleh heret mereka2 yg mengkhinati rakyat selama ini ke muka pengadilan.

    BalasPadam
  5. Yang paling penting dan sahih ialah laporan oleh doktor Pusrawi dan 3 doktor pakar HKL yang mengatakan Saiful langsung tak diliwat. Saiful beritahu mahkamah dia diliwat tanpa rela tetapi dakwaan pulak dia diliwat dengan rela. Kalau bukan Anwar Ibrahim yang didakwa ni, confirm hakim akan gugurkan kes.....

    BalasPadam
  6. Memang bengap pun, kalau dah suka sama suka si samdol saipol tu pun kena didakwa la.

    BalasPadam