Rabu, 5 Mei 2010

MAMAT EZAM PERASAN SEBAB APA DILANTIK SENATOR

Monday, May 3, 2010

Melutut depan Muhyiddin....


PERCAYAKAH anda perlantikan Ezam kotak sebagai Senator adalah kerana usahanya memerangi rasuah sewaktu memimpin GERAK? Percayakah anda kerajaan yang diterajui oleh Umno yang dikatakan ada hubungkait dengan APCO itu amat menyanjung sebarang usaha untuk memerangi rasuah? Sedangkan kita tahu untuk memenangi jawatan di dalam pemilihan Umno sahaja tidak sah kalau tiada unsur rasuah. Begitu juga di dalam sebarang pilihanraya yang diadakan di dalam negara ini, kecuali jika Umno tidak bertanding.

Kenyataan Ezam kotak itu hanya semata-mata untuk menghilangkan malu kepada dirinya sendiri yang beliau sendiri mungkin sedar mengapa beliau dilantik menjadi Senator. Bahkan, jika kita tanya mana-mana ahli-ahli Umno sekalipun mereka sendiri juga akan mengatakan perlantikan Ezam kotak bukan kerana komitednya beliau terhadap perjuangan menentang rasuah. Jika Ezam rasa dia betul, cuba senaraikan berapa kes rasuahkah yang berjaya dibongkar, disiasat dan yang telah diambil tindakan sepanjang beliau berada di dalam GERAK? Ezam kotak menyebut kerana perjuangannya, beliau masuk penjara. Kita mahu tanya dia masuk penjara waktu itu adakah semasa berada di dalam KeADILan atau GERAK? Dan, adakah dia seorang sahaja keluar masuk penjara? Jadi, Ezam jangan perasan seolah-olah dia hebat sedangkan kehebatannya adalah sewaktu di dalam KeADILan, tetapi bila keluar dari KeADILan beliau semakin lembik dan kecut. Oleh kerana beliau merasakan perjuangannya di dalam GERAK itu tidak berbaloi lah menyebabkan beliau keluar dan memasuki Umno.

Kita lihat kembali setelah beliau menyertai Umno, di dalam setiap ceramahnya atau programnya adakah ada kena mengena dengan perjuangan memerangi rasuah? Boleh dikatakan, sepanjang ceramah beliau di mana-mana sahaja yang diperkatakannya adalah keburukan DS Anwar dan sumpah-sumpah beliau sahaja. Lebih malang lagi, apa yang diperkatakan oleh Ezam kotak terhadap DS Anwar satu pun tidak berkesan bahkan tidak diambil peduli oleh sesiapa kerana beliau tidak dapat membuktikan apa-apa. Tetapi kerana semangat tidak putus asanya untuk terus mematikan kerjaya DS Anwar, maka wajarlah Ezam diberi Jawatan Senator. Bukankah itu satu penghinaan terhadapnya? Tetapi adakah Ezam ini terasa dihina?

Ezam kotak mungkin malu untuk mengakui bahawa perlantikannya ke jawatan Senator adalah kerana pandainya beliau mengampu dan melutut di depan pemimpin Umno. Kita akan saksikan selepas ini Ezam kotak berani atau tidak mendedahkan rasuah berkaitan pembelian kapal selam dan banyak lagi dakwaan rasuah ke atas kerajaan yang diterajui oleh Umno sekarang. Apa yang mungkin pasti, Ezam kotak akan menjadi Pak Turut kepada Najib dan Rosmah tentunya. /mandor.blogspot

2 ulasan:

  1. gua geli geleman le bila dapat tau ezam haram jadah and bangsat ni dilantik menjadi senator, apa jasa dia yang besar yang disumbangkan kepada negara, semua orang tak tau, yang tau najib and big mama je kot, sebab tu najib israel lantik dia jadi senator, apa le punya bangsat dengan tanah air ku ini

    BalasPadam
  2. ezam nih aku x phm betul ngan perangai dia. dah kluar pkr tuh dahlah....yang kau nk kutuk2 DSAI tuh pasai apa.

    BalasPadam