Selasa, 18 Mei 2010

MUHYIDDIN SYOK SENDIRI, AKHIRNYA....

KENYATAAN MEDIA
17 Mei 2010

Muhyiddin Percaya Propaganda Sendiri

Biarkanlah Timbalan Presiden Umno merangkap Timbalan Perdana Menteri percaya kepada propaganda sendiri yang dibesar-besarkan oleh media mereka kuasai. Akhirnya beliau dan pimpinan lain Umno juga yang akan tersentak oleh hakikat sebenar.

Memang diakui imej KEADILAN terjejas sedikit oleh tindakan beberapa orang Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri yang melompat katak. Akan tetapi mereka adalah anasir-anasir buruk dalam Parti yang mempunyai banyak masalah diri dan tidak membuat kerja. Pasti mereka akan diganti kelak dengan calon-calon lebih berwibawa dalam pilihanraya akan datang. Pemergian mereka sangat kecil bila dibandingkan dengan peristiwa Tunku dan Tun Hussein keluar Umno dan meninggal di luarnya.

Tentang apa yang didakwa “anggota-anggota” yang konon keluar beramai-ramai, kami telah semak dan dapati kebanyakan mereka bukan anggota. Walau apapun, bilangan anggota KEADILAN yang keluar jauh lebih kecil dari ribuan ahli Umno yang keluar setelah Sdr Anwar Ibrahim disingkir, dizalami dan diaibkan.

Di Ipoh Barat, Fauzi Muda serta suku sakatnya memang lama menjadi duri dalam daging, dan tindakan beliau keluar sangat dialu-alukan. Sekarang Cabang itu boleh bersatu di bawah pimpinan yang lebih komited. Fauzi tidak lama dulu telah membuat surat sumpah menuduh PM Najib yang ditemuinya berjanji hendak memberinya banyak wang.

KEADILAN tidak akan runtuh. Umno-BN yang sebenarnya sedang karam. Insha Allah mereka akan karam lebih cepat lagi selepas Sibu!


Syed Husin Ali
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan