Rabu, 19 Mei 2010

PENDEDAHAN - SPR MENIPU BANYAK KALI ?

Panas: Terbongkar, Aziz Yusof Penipu Bila Tuduh Agen DAP Halang Pegawai SPR Bawa Keluar Peti Undi Pos Pilihan Raya Kecil Sibu hari Ahad Lalu !!

Sungguh tidak disangka, seluruh rakyat Malaysia ditipu lagi oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Semalam, akhbar arus perdana melaporkan bahawa gara-gara petugas DAP menyebabkan peti undi pos yang sudah dikira lambat tiba di pusat penjumlahan undi. Maka rakyat yang tidak tahu apa-apa pun percaya bulat-bulat kenyataan SPR itu. Malah, Pengerusi SPR Abdul Aziz Yusof (foto) berkata agen parti DAP sebenarnya yang menghalang pegawai suruhanjaya itu daripada membawa keluar peti undi pos yang sudah dikira di Tingkat 9, Wisma Sanyan, untuk dibawa ke Dewan Suarah Sibu, kira-kira tiga kilometer dari situ, untuk penjumlahan undi. katanya. "Penolong pegawai pengurus pilihanraya yang mengendalikan urusan pengiraan undi pos terpaksa memanggil polis untuk mengawal penyokong parti terbabit,""Inilah kali pertama saya melihat keadaan seperti ini berlaku selain pegawai kerap diganggu agen parti," katanya lagi.

Ekoran itu, keputusan pilihanraya kecil Sibu hanya dapat diumumkan oleh pegawai pengurus pilihanraya, Wong See Meng kira-kira jam 11 malam tadi, walaupun SPR sebelumnya menjangka keputusan dapat diumumkan pada 9 malam. Kami cuba menjejaki apakah yang berlaku sebenarnya di sana. Ini kerana jika kiraan berpihak kepada BN sudah pasti keputusan akan diumumkan sepantas kilat. Inilah dia sikap bacul SPR yang kononnya melaksanakan pilihanraya yang telus dan adil untuk rakyat Malaysia.


Bukti, adakah Pegawai SPR ini dihalang Agen DAP seperti yang dikatakan?
Nampak benar Pengerusi SPR Si Aziz Yusof ini cuba buat kontroversi lagi

Daripada beberapa gambar yang kami perolehi (foto), ternyata Pegawai SPR yang membawa peti undi pos itu tidak langsung dihalang oleh agen DAP seperti yang diperkatakan oleh Aziz Yusoff. Malah, petugas DAP (Pakatan Rakyat) juga hanya menggunakan lif selepas semua pegawai SPR selesai memunggah peti-peti undi pos untuk dibawa ke pusat penjumlahan undi pilihanraya kecil Sibu itu. Makanya, mana bukti yang mengatakan agen DAP mengganggu pegawai SPR itu agaknya?. Apa yang kita tahu, pegawai SPR sengaja enggan memberikan Borang 15 kepada Agen DAP dan terdapat kejadian "blackout" ketika suasana suspen itu berlaku.

Difahamkan, SPR mahu peti undi tersebut dikira semula selepas mendapat arahan daripada pihak BN. Soalnya sekarang, siapa yang sengaja melambat-lambatkan permainan ini?. Malah, awal-awal lagi ketika diwawancara oleh TV3, Pengerusi komponen BN (SPR) itu telah bercakap "belit-belit macam ular" bila mengubah angka peratusan keluar mengundi dan tiba-tiba dia tahu keputusan akan dibuat selepas jam 10.00 kerana ada beberapa masalah yang tidak dielakkan. Sedangkan temubual dengan TV3 itu dilakukan sejak awal lagi. Soalnya, kenapa Aziz boleh tahu kejadian yang akan berlaku di sebelah malamnya?.

Ini semua menimbulkan syak wasangka bahawa SPR itu "badan bebas" atau "komponen BN" sebenarnya. Oleh itu, rakyat yang menyaksikan perkara ini diharap dapat bersabar dengan kerenah SPR ini. Apa yang penting, andai mereka menipu jumlah undi pos tersebut sekali pun BN tetap juga akan kalah. Inilah takdir yang berlaku sebenarnya, terbukti BN kini ditolak oleh rakyat Sarawak. Apa yang pasti, memang terdapat perancangan jahat antara SPR dan BN untuk memutarbelitkan fakta supaya kemenangan berpihak kepada pakatan karat itu, biarpun mereka sebenarnya memang sudah pun kalah.

[Terkadang kita amat hairan dengan kerja-kerja Pengerusi SPR ini?. Beliau dilantik untuk memegang amanah atau khianat kepada rakyat?. Dia langsung tidak pernah terfikir bahawa suatu hari nanti semua manusia ini akan mati dan akan berhadapan dengan Allah diakhirat kelak. Pengerusi SPR adalah orang Melayu yang beragama Islam, tapi kerja buatnya dan sikap yang ditunjukkan jelas sekali mencemarkan imej serta kreadibiliti SPR itu sendiri sebenarnya. Jika inilah senarionya, maka elok sahaja SPR itu sendiri dibubarkan dan Aziz Yusoff masuk bertanding dalam pilihanraya umum akan datang atas tiket UMNO Barisan Nasional. Kita mahu tengok apakah beliau boleh menang agaknya. Jika beliau terus khianat dan menipu rakyat, maka lama kelamaan rakyat akan hilang keyakinan terhadap badan bebas itu dan akhirnya mereka tidak keluar mengundi seperti apa yang berlaku di Sibu baru-baru ini. Oleh itu, SPR perlu berubah jika rakyat ingin menikmati satu pilihanraya yang bebas dan adil pada masa akan datang. Jika tidak sampai bila-bila pun kita akan terus begini. Menang dan kalah dalam satu pilihanraya yang penuh dengan penipuan, penyelewengan dan hanya suara rakyat sahaja dapat mengatasi itu semua. Sebab itulah DAP tetap menang di Sibu, itu semua dek kerana suara rakyat berjaya atasi segala penipuan yang dilakukan]. Klik Bukti

Sumber: Pahang Daily Online

2 ulasan:

  1. SRP MENIPU BANYAK KALI...TAPI PAS YG MAHIR HUKUM HAKAM MENIPU SEJAK AZALI!!

    BalasPadam
  2. Mmg PAS menipu. PAS telah menipu Syaitan dan Iblis yg telah berjaya menipu Umno dgn menggunakan APCO. Tapi PAS termasuk PKR dan DAP tidak seperti Umno yg tertipu dgn Syaitan dan Iblis. Umno juga tertipu di Sibu..ehehhh..

    BalasPadam