Selasa, 29 Jun 2010

BETAPA FIRAUN BESAR KULIM INI MENCINTAI UMNO

SEKALI lagi TV3 suku malam tadi menampilkan MP dari Kulim Bandar Baru sebagai pengulas undangan tentang peristiwa politik PKR di Selangor. Maka, tanpa berlengah lagi `firaun besar' Kulim ini pun bercakap gaya seorang lawyer tapi ternampak seperti `loyar buruk' saja. Dia bercerita agak panjang juga sampai dua kali disiarkan wajah `firaun besar' ini dan mengulas benda yang sama.

Semakin lama dia mengulas, semakin nampak seorang `loyar buruk' yang seperti bukan seorang politikus tetapi seperti tikus. Memang beliau ni bersifat seperti tikus, berani menggigit apa saja jika tiada sesiapa di sekelilingnya. Apabila diajak berdebat oleh YB Khalid MP Shah Alam, terzahirlah sifat penikusnya. Di depan TV3 suku, beliau menunjukkan jantannya sehingga terjongket kopiah firaun besarnya itu.

MP Kulim Bandar Baru yang dipecat oleh PKR itu berkata depan TV 3 suku bahawa perlantikan YB Azmin sebagai pemimpin utama PKR di Selangor memberi gambaran MB Khalid tidak lagi diperlukan. Apa ertinya menjadi MB Selangor jika kuasa politik sudah tiada, tambah beliau. Jadi, MB Khalid mesti berundur katanya lagi. Maksudnya, YB Azmin tentunya lebih berkuasa dari MB Selangor dan ini menunjukkan DS Anwar mahu YB Azmin menjadi MB Selangor. Dan, Khalid mestilah sedar isyarat ini. Begitulah andaian si`loyar buruk' yang pernah ditolak oleh PAS itu.

Nampaknya komen dari firaun besar Kulim tersebut bercanggah pula dengan mantan MB Selangor iaitu anak Toyo. Anak Toyo berkata pula, walaupun YB Azmin dilantik mengetuai PKR di Selangor namun yang masih mempunyai kuasa adalah Khalid selaku MB Selangor. Jadi, Khalid masih boleh menentukan projek atau tender kepada kroni-kroninya, kata anak Toyo doktor gigi yang kaya raya itu. Beliau sangka, MB Khalid sama sepertinya yang memelihara kroni seperti memelihara babi apabila menjadi MB Selangor.

Nampaknya komen firaun besar dari Kulim dengan komen doktor gigi yang kaya itu sama sekali bercanggah, walaupun niat masing-masing sama untuk menjahanamkan PR di Selangor.

Kita jangan pelik kenapa firaun besar dari Kulim tidak mahu pula ulas perihal yang sama di Terengganu. Di Terengganu, MB nya adalah Said. Tetapi, siapa yang menerajui Umno di Terengganu? Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu adalah Hishamuddin, orang dari Johor. Jika ikut kata-kata bodoh dari firaun besar, tentulah MB Terengganu Said kena berundur kerana apa guna jadi MB jika kuasa politik di Terengganu dipegang oleh orang lain, bahkan orang itu luar dari Terengganu? Mengapa firaun besar berketayap putih itu tidak mahu ulas?

Jawapannya mudah, ia adalah kerana di Terengganu Umno yang berkuasa, jadi buat apa firaun besar mahu ganggu. Bukankah Umno itu pujaan hatiku?/mandor.blogspot.com

6 ulasan:

  1. tak pa, tak lama dah, PR13 ni hilanglah YB depan tuu... aku pun dulu mengkagumi firaun besar ni, tapi la ni tengok muka pun dah meluat....

    BalasPadam
  2. Kamu mencintai DAP, PKR dan PAS. Biarlah sesiapa pun mahu mencintai UMNO. Bukankah ini negara demokrasi??

    BalasPadam
  3. Guna la demokrasi utk kebaikan...bukan utk pilih kaki rasuah...kaki sokong judi...kaki anti Islam...dan mcm2 kaki lagi laaaa....

    BalasPadam
  4. Kepada Anonymous said.. 9:45PM
    Memang negara ini adalah negara demokrasi. Setiap orang boleh memilih parti mana yang mereka suka, samada PAS,PKR, DAP atau pun Umno dan sebagainya. Tapi dalam bentuk negara demokrasi, harus kah boleh kita memilih sebuah parti politik yang penuh dengan perjudian, penipuan dalam berbagai projek. Pemimpin2nya penuh dengan tahi rasuah yang tidak didakwa sehingga hari ini. Dari pemimpin atasan sehingga pemimpin bawahan. Semuanya kaki kelentong,donggeng dan hidup penuh sandiwara, zalim pada rakyat, pentingkan pulus serta lupa pada kebenaran dan keadilan. Apakah kita harus memilih Umno-BN sebuah parti yang mungkar, munafik dan Zalim?
    Tuhan telah berikan kita akal dan fikiran, maka fikir dan nilailah sendiri samada parti itu baik atau tidak. Rakyat yang cerdik.. adalah rakyat yang berfikir.

    BalasPadam
  5. Wan Fauzdin, semoga anda pada masa depan lebih manis bila bertinta, tak payahlah bagi gelaran macam2 pada individu lain, mungkin ada yg tidak setuju dengan ZN, dan dia pun dah dapat padahnya, dan padah politik yg kian punah harapannya. Kesalahannya mungkin ada, tapi taklah sampai songlap berjuta2 macam yg lain. Cubalah Cik Wan kita dedahkan dan kutuk pulak pemuka2 dinegeri Pahang yg dok songlap duit dan projek, tengok berapa lama buleh dok Kuantan?. Tinggalkan saja isu ZN nak melalut tu, Adakah kalau beliau dah mati, mayatnya akan terus dicincang

    BalasPadam
  6. Manusia sebegini kena bagi sebiji penumbuk, kerana dah naik muak muka dan pelbagai komen dewasa ini. sebaiknya tinggalkan saja politik, kerana manusia sebegini elok saja jauh dari ruang PARLIMEN.

    BalasPadam