Selasa, 22 Jun 2010

ISU ALTANTUYA - HISHAMUDDIN GAGAL JAWAB SOALAN DI PARLIMEN

Kematian Altantuya: Bekas pegawai PM tak babit
Jun 22, 10


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menafikan terdapat nama atau suspek Datuk Nasir Safar - bekas pegawai khas perdana menteri - dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

"Hasil daripada siasatan polis, tidak terdapat nama atau suspek yang dimaksudkan terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya,” katanya dalam jawapan bertulis kepada R Sivarasa (PKR-Subang).

Dalam pertanyaan lisannya, Sivarasa meminta Hishamuddin menyatakan adakah benar atau tidak Nasir adalah lelaki dalam kereta Proton berwarna biru yang sampai di hadapan rumah Razak Baginda pada malam 19 Oktober 2006.

Ia berikutan dakwaan seorang penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang kini melarikan diri di luar negara bahawa belia melihat Nasir di kenderaan berkenaan sebelum Altantuya dibawa oleh polis.

Menurut Balasubramaniam, pada mulanya, beliau tidak mengenali Nasir tetapi berjaya mengecamnya melalui laporan media berhubung kenyataan pegawai khas Perdana Menteri itu yang dikatakan berbaur perkauman.

Berikutan peristiwa itu, Nasir meletakkan jawatannya sebagai pegawai khas Najib.

Jawapan yang dikemukakan oleh Hishamuddin di Dewan Rakyat, hari ini, bagaimanapun tidak menjawap soalan utama - benar atau tidak Nasir adalah lelaki dalam kereta yang berada di hadapan rumah Razak.

Bercakap kepada pemberita di lobi parlimen, Sivarasa melahirkan rasa dukacitanya yang kerajaan memilih untuk tidak menjawap soalan yang dikemukakannya.

"Jawapan yang diberikan tidak menyatakan sama ada Nasir berada di kereta itu ataupun tidak tetapi sebaliknya perkara lain diceritakan,” katanya kepada Malaysiakini./Malaysiakini

1 ulasan:

  1. wei!, ko tanye nuar tu bila nak dedah bukti RM2 juta yg dia kata nak dedah tu wei!

    BalasPadam