Ahad, 20 Jun 2010

JUDI BOLA - JAWAPAN MENTERI ISLAM DITENTANG OLEH BUKAN ISLAM, ITU MEMALUKAN...


Alasan Menteri Kerajaan Umno-BN kononnya lesen judi sukan diluluskan sebagai menghormati hak masyarakat bukan Islam disifatkan tidak munasabah.

Ahli Dewan Undangan Negeri Teratai Lee Ying Ha berkata masyarakat bukan Islam secara jelas menolak perlaksanaan lesen judi ini kerana ia membawa kesan mudarat kepada masyarakat dan institusi keluarga.

Adun Pakatan Rakyat ini berasa terguris dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Abdul Aziz yang seolah-olah menuduh masyarakat bukan Islam di negara ini menyokong jenayah judi.

“Kalau dia kata yang bukan Muslim, kita katakan semua bukan Muslim pun tidak setuju, apa dia cakap ni? Dia tidak ada buat kajian ke? Selalunya dia bagi komen, dia kata bagi untuk bukan Muslim tu jadi adakah ini bermakna yng bukan Muslim itu semua pergi judi sampai wang habis,” katanya.

Usaha kerajaan 1Malaysia membudayakan judi sukan mendapat tentangan hebat Pakatan Rakyat, yang kemudiannya mengharamkan kegiatan judi sukan di semua negeri pimpinannya meskipun kerajaan Umno meluluskan pertaruhan sukan kepada syarikat Ascot Sports Sdn Bhd.

“Sepatutnya kita mempunyai suara daripada masyarakat tidak kira Muslim atau bukan Muslim sangat jelas, kita tidak mahu perjudian bola, kita sudah ada terlalu banyak perjudian di negara kita sampai dalam sidang dewan yang lalu, kita sudah buat satu usul.

“Terlalu banyak cabutan bertuah dulu dua kali dalam satu minggu sekarang sampai empat kali satu minggu, saya tidak kira itu Muslim ke atau tidak Muslim, kalau perjudian ada di sana, ini manusia pun ada niat hendak mencuba apa benda itu jadi kalau kita bercakap benar, sekarang pejudian empat ekor ini semua, kita pun boleh nampak Muslim pun beratur di sana membeli nombor ekor,” katanya./TVSelangor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan