Jumaat, 18 Jun 2010

KITA CABAR ZAHRAIN DAN ZUL KULIM BERSUMPAH PULA, ADA BERANI?

Oleh: WFAUZDIN NS

MP Bayan Baru, Zahrain sudah mula hilang arah setelah DS Anwar berjaya meyakinkan rakyat betapa Zahrain adalah penipu besar setelah mendapat upah. Ini ekoran daripada cerita dongeng Zahrain bahawa DS Anwar pernah melihat VCD lucah kununnya melibatkan YB Eli. Seperti yang diduga, akhirnya Zahrain menggunakan `ilmu' yang diperturunkan oleh Senatak Ezam sesumpah iaitu mencabar DS Anwar bersumpah di dalam masjid. Baca di sini. Selaku orang yang jahil bukan sahaja di dalam agama bahkan jahil dari aspek undang-undang, Zahrain tetap yakin dengan acara `sumpah menyumpah' ini walaupun terpaksa `menjual' kemuliaan masjid asalkan agenda mereka tercapai.

Stail menuduh seseorang, kemudiannya mencabar orang yang dituduhnya itu bersumpah adalah stail Ezam sesumpah. Keberanian untuk mendedahkan serta menyertakan bukti atau hujah berfakta tiada pada Zahrain atau Ezam kerana jiwa mereka kini teramat kecil dan lemah untuk berbuat demikian. Bayangkan jika semua tuduhan yang orang lain buat terhadap kita, kita mesti bersumpah dan perkara itu selesai. Jika Najib dituduh mengambil komisyen kapal selam, kemudiannya Najib pun bersumpah menafikannya, adakah kes tersebut mahu terus ditutup? Terlalu dangkal orang yang beranggapan begini dan lebih malang lagi mereka teramat jahil di dalam menjaga hukum agama itu sendiri yang meletakkan sumpah sebagai acara mainan sesuka hati mereka.

Peliknya, tiba-tiba pula YB Zul Kulim pun menyampuk dalam isu ini. YB Zul Kulim yang sentiasa berkopiah itu pula terlibat di dalam tuduhan terhadap YB Eli. Orang yang dikatakan berugama seperti beliau ini terlalu mudah untuk menerima cerita seperti ini atau mungkinkah YB Eli melakukan aksi terlampau itu didepannya? Atau, YB Kulim ada menyaksikan VCD tersebut? Kenapa bila Zahrain bercerita pasal isu tersebut, tiba-tiba YB Zul pun menyatakan dia pun tahu kisah sebenar? Kenapa tidak dihebohkannya sewaktu berada di dalam PKR atau sewaktu mula-mula beliau dipecat dahulu?

Lagi pelik, tiba-tiba YB Zul pula terasa bila DS Anwar dedahkan bahawa MP yang melompat ada menerima tawaran RM2 juta. DS Anwar tidak menyebut namanya, dan YB Zul bukan melompat tetapi beliau dipecat, mengapa beliau terasa? Ini semua untuk mendapatkan publisiti murahan kerana tiada apa lagi isu yang boleh mereka perjuangkan untuk membela rakyat dan agama. Mengapa YB Zul atau Zahrain tidak pernah mencabar Najib untuk bersumpah di dalam masjid dan Najib mesti mengaku tidak ada hati atau hajat untuk luluskan lesen judi bola? Mengapa terima bulat-bulat kata-kata Najib di Parlimen? Apabila DS Anwar menafikan, tidak pula mahu terima bahkan kena bersumpah dulu? Inilah hipokritnya beliau setelah jiwanya dibeli dengan terlalu murah.

Mengapa sudah terlalu banyak pendedahan yang didedahkan oleh DS Anwar beserta bukti terang dan nyata seperti klip video Linggam dan banyak lagi kes itu tidak pula diperjuangkan oleh mereka? Tidak pula mereka sibuk untuk mencabar mereka yang terlibat dengan upacara sumpah karut itu? Teringin juga kita mencabar YB Zahrain dan YB Zul bersumpah di dalam masjid dan mengaku bahawa kesemua pengundi di kawasannya yang diwakilinya kini menyokong penuh beliau sebagai Wakil Rakyat. Ada berani ke? Mampus tak berani. /wfauzdin.blogspot.com

7 ulasan:

  1. ada ke wakil wakyat yang seluruh pegundi dlm kawasan diwakili sokong 100% ??? mcm tak logik je ko punya cabaran..nak cabar, cabar la bersumpah kata tak terima sogokan utk lompat parti...

    BalasPadam
  2. DULU HANGPA PUJI DAN JILAT SAMPAI KE LUBANG PUNGKUL ZUL4 HARI INI HANGPA CACI.INILAH PECACAI POLITIK DAP.

    BalasPadam
  3. YB Zahrain dedahkan si Anwar yang bagitau semua MP yang dia dah tengok video si Eli tuh. Tetiba bila wartawan srgah, si Anwar ni kata YB Zahrain lak yang tengok. Memang Ulaq! Yang part sumpah tu...he..he..he..pasai part orang puak hangpa beria-ia nak suruh orang...si Nuar tu tak yah ke? Dia lagi banyak nak kena sumpah....lu pikiaq la sendri...tu pun kalau ada otak.

    BalasPadam
  4. apa boleh buat pada hamba22 yang cetek agamanya,kalau akupun malu menang atas tiket PKR tapi berlagak macam semua pengundi suka kat dia,haprak punya manusia.letaklah jawatan MP dan bertanding atas tiket BEBAS.aku berani CAKAP beberapa kerat saja manusia yang akan mengundi...keluarga saje mungkin .kita CABAR malaun ini LETAK JAWATAN MP dan adakan pilihanraya.

    BalasPadam
  5. munkin duit yg diterima dah habis kot enjoy sanasini dan buat bayar repros,cerita sempit pun nak ajak sumpah,teruk betoi yb yg bersandarkan ulama ni,aku rasa baik kau bersumpah je depan pengundi2 yg naikkan nama kau jd yb,sebab rakyat kenang gigi zahrain tu yg bawa tuah,sbab tu mereka undi dan sokong...

    Dr Amran

    BalasPadam
  6. nama gah dan dikenali hanya kerana PKR. siapalah mereka tanpa PKR. PR13 ni hilanglah nama-nama ni,, silap-silap haribulan hilang deposit....

    BalasPadam
  7. katak-katak semua tu,jangan haraplah Be End akan ambil sebagai calon.

    BalasPadam