Ahad, 20 Jun 2010

UMNO SELANGOR SEMAKIN BERGOLAK, ADA ADUN MAHU LETAK JAWATAN?

Semalam blog GAP melaporkan ura-ura tentang adun BN Sri Serdang yang juga setiausaha UMNO Selangor iaitu Dato' Satim Diman bersedia meletakkan semua jawatan beliau termasuk jawatan adun dan juga jawatan ketua bahagian.

Disaat berita tersebut masih lagi menjadi tanda tanya , tiba-tiba saya mendapat petunjuk baru hari ini. Mungkin berita yang menjadi tanda tanya itu akan bertukar menjadi kenyataan.

Saya difahamkan pagi semalam (khamis) telah berlangsung mesyuarat adun-adun BN Selangor di Shah Alam. Difahamkan Dato' Satim tidak menghadiri mesyuarat tersebut.

Sepatutnya beliau sebagai seorang wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat dan juga Timbalan Ketua Pembangkang Dun Selangor wajib menghadiri mesyuarat penting tersebut dalam menentukan hala tuju BN bagi merampas balik Selangor daripada PKR.

Adakah dengan ketidakhadiran beliau ke mesyuarat penting tersebut semalam adalah petanda yang beliau akan melepaskan semua jawatannya ?

Sama-sama kita tunggu penjelasan daripada Dato' Satim samada benar atau tidak beliau akan meletak jawatan.

Sumber dari Blog Pro Umno: ruangbicarafaisal.blogspot

7 ulasan:

  1. kot tanda2 PKR nak lompat macam perak....

    BalasPadam
  2. BIASALAH TU....KALAU TAK DAPAT PROJEK ATAU KAUT FULUS....MELOMPAT LAH JADI KATA.

    SAMA SAHAJA DENGAN KATAK YANG MELOMPAT DARI PR DULU.....INI SEMUA KES PROJEK , KUASA DAN FULUS.

    BalasPadam
  3. BIASALAH TU....KALAU TAK DAPAT PROJEK ATAU KAUT FULUS....MELOMPAT LAH JADI KATAK

    SAMA SAHAJA DENGAN KATAK YANG MELOMPAT DARI PR DULU.....INI SEMUA KES PROJEK , KUASA DAN FULUS.

    JUNE 20, 2010 9:38 PM

    BalasPadam
  4. cakap senang....kita jadi ketua kampong pon mesti ada projek kalau tak.... nak jaga orang kampung guana....bukan zaman batu....ini zaman moden,...kebendaan semua nak duit.....setakat nak kata ke orang je,bolehlah...kalau kita jadi gitu pon....kita pon baham projek jugak...pirrraaaahhh.

    BalasPadam
  5. Klu diri tuh dh terbiasa makan percent,jgn la nk samakan diri pakcik Tuh dgn org..Umor klu dh dkt nak masuk 60'an ne,berangan nak mati,kumpul bekal akhirat,bkn dok sebuk hal kebendaan..Jaga kampong tuh dari maksiat,tgk anak2 buah tu waktu maghrib ada lg ka yg duduk kt kedai,Msjid ramai jemaah ke idak,Ada x org2 susah yg perlu blm dpt bantuan,bkn cite psl projek pakcik..Lg Satu pakcik,jgn la biar diri tu kena tipu dgn orang putih..Mana ada zaman batu..Nabi Adam bukan manusia primitif,yg tinggal dlm gua tuh adalah org2 yg lari dari seruan agama..Dah tua2 ne kena byk baca sirah & kitab2 pakcik..toksah la nk lawan hujah dgn org2 muda neh,Ya pakcik..Sabar pokcik..Ingat akhirat pokcik..malu ke cucu2..pokcik deh..

    BalasPadam
  6. menang 43 undi sahaja...itu pun undi tipu...mana ada semangat nak berkhidmat sebab dah tahu orang Sri Serdang memang tak mahu dia lagi...berhenti la...duit pun dah banyak...bunglo pun dah siap...bini pun dah tambah...tak kan nak join jadi kerani kat UPM kot, rekod kat UPM pun bukan lah molek sangat...

    BalasPadam
  7. Mohamad Saleh ni ingat semua orang macam dia kot... Jangan ingat orang lain sama macam dia...pakai pulun saja apa terhidang..sama species kot!!!!!

    BalasPadam