Khamis, 15 Julai 2010

'Apa kamu takutkan, BN?'


Joseph Sipalan
Jul 14, 10


Beberapa ADUN Pakatan Selangor hari ini menganjurkan bantahan ringkas menentang tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akhir-akhir ini yang belum memperbaharui permit penerbitan akhbar pembangkang.

Kira-kira 15 wakil rakyat itu berkumpul di pintu masuk DUN Selangor sambil memegang naskhah Suara Keadilan, Roket dan Harakah yang mengalami masalah itu.

Exco kerajaan Selangor Ronnie Liu mengejek kerajaan persekutuan pimpinan BN dengan mendakwanya "takut" terhadap tiga penerbitan itu.

"Akhbar-akhbar ini mendedahkan banyak skandal. Sabotaj (terhadap akhbar-akhbar ini) menunjukkan kelemahan BN," katanya.

Sementara Dr Xavier Jayakumar, yang bercakap bagi pihak kumpulan itu berkata perselisihan pendapat berhubung artikel yang disiarkan bukanlah alasan yang sah untuk KDN menahan permit penerbitan akhbar berkenaan.

"Jangan halang atau ancam (media)... jika seseorang ada masalah dengan apa pun artilenya, saya harap mereka akan menyalurkannya dengan cara yang betul," katanya./Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan