Rabu, 21 Julai 2010

CUKUPLAH WAHAI HARUSSANI, BETULKAN PERAK DULU

Justify FullOleh: WFAUZDIN NS

MUFTI Perak Harussani mengakui beliau tidak berbohong apabila mendakwa terdapat pemimpin PAS berjawatan `tinggi' menemuinya. Tujuan berjumpanya adalah untuk meminta Mufti Perak tersebut menjalankan usaha menyatukan parti sekular Umno dengan Parti Islam iaitu PAS. Pengakuan Mufti Perak tersebut adalah berlanjutan daripada kenyataan dua Naib Presiden PAS yang mendakwa Mufti berkenaan berbohong.

Setakat mana `tinggi'nya pemimpin PAS yang dikatakan berjumpa dengan Mufti Perak itu tidak kita ketahui, tetapi yang pentingnya Mufti Perak sedar bahawa perjumpaan itu bukan secara rasmi atas arahan PAS Pusat. Ini bermakna, tiada niat atau usaha PAS untuk bersatu dengan Umno atas tujuan kununnya perpaduan Melayu dan Islam.

Mufti Perak hairan mengapa usahanya untuk menyatukan PAS dan Umno dikritik hebat ramai pihak, seolah-olah hanya beliau dan Umno sahaja yang inginkan perpaduan. Hairannya Mufti Perak tersebut sama seperti kita hairan mengapa Mufti Perak menjadi bisu serta merta dengan apa yang terjadi di dalam rampasan kuasa di Perak negerinya sendiri. Sama juga kita hairan dengan sikap Mufti Perak yang menutup mata dan mulut dengan segala kepincangan dan kerja maksiat yang dilakukan oleh kerajaan memerintah. Lebih menghairankan kita, Mufti Perak sering ke luar negara bertemu pelajar dan di sana seorang Mufti boleh bertukar menjadi seorang pemimpin politik Umno. Maka, lebih banyak kita hairan daripada yang beliau hairan.

Sebagai seorang Mufti, sepatutnya beliau menasihatkan Umno agar menerima Islan sebagai dasar perjuangannya dan baru boleh bercakap tentang penyatuan dengan PAS. Mana mungkin tangan yang masih berlumuran dengan kekotoran mahu menghulur berjabat salam? Apakah Mufti Perak ini terpedaya dengan dakyah Umno yang percaya `Kuat Melayu, maka kuatlah Islam'?

Parti PAS bukan sahaja parti yang ditunjangi oleh pemimpin Melayu, bahkan parti tersebut turut mahu mendaulatkan Islam. Terlalu jauh beza dengan Umno. Umno bukan sahaja menolak Islam sebagai dasar, bahkan masih berterusan sehingga kini melakukan banyak perkara yang berlawanan dengan hukum Islam. Masakan Mufti Perak tidak tahu? Jika tahu, apa ertinya penyatuan dengan golongan seperti ini?

Situasi yang berlaku di Perak sudah cukup menggambarkan bahawa Mufti Perak ini tiada kewibawaan langsung untuk bercakap soal Melayu jauh sekali untuk bercakap tentang penyatuan Islam. Oleh yang demikian, abaikan sahaja apa yang perkatakan kerana setiap kali beliau bercakap kita akan terhidu `bau Umno' dimulutnya./wfauzdin.blogspot.com

3 ulasan:

  1. Mufti tu dah gelap mata sebab berselindung di sebalik Mat Black.

    BalasPadam
  2. Mat Black atau mat roti canai wakakaka

    BalasPadam
  3. sampai mana tahap pelajaran kita nak kata orang tak betul

    BalasPadam