Khamis, 22 Julai 2010

DEMAM PANAS UMNO SEMAKIN KRONIK?


Drs. Khalil Idham Lim


Kenyataan Ketua Dewan pemuda PAS Pusat, Ust. Nasrudin Hassan yang telah diputar belit oleh media pro Umno terus mendapat ulasan yang bukan-bukan dari pemimpin Umno. Ulasan yang disifatkan jauh dari kenyataan sebenar bila kononnya dilaporkan Ust Nasrudin dikatakan mengeluarkan kenyataan Umno dan PAS perlu segera menamatkan persengketaan melalui satu pelan damai

Semakin pening bila ada yang berkata itu semua akan menghidupkan kembali harapan orang Melayu untuk melihat kedua-dua parti itu bersatu. Seperti dipetik dari Timbalan Pengerusi Tetap Umno, Datuk Mohamed Aziz yang berkata, kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS itu boleh disifatkan sebagai isyarat positif bahawa PAS juga mahukan perdamaian sama seperti Umno.

Inilah satu lagi bukti UMNO yang semakin teruk "demam panas"nya sehingga meracau terlalu jauh dari apa yang sebenarnya diucapkan oleh Ketua pemuda PAs Pusat itu.

Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan sebenarnya mengajak Umno menyertai Pakatan Rakyat jika benar ingin memperjuangkan perpaduan di negara ini dan bukannya PAS bersama-sama Umno dalam Barisan Nasional.

Ia berbeza sama sekali dengan nada laporan yang dibuat Utusan di muka depan akhbar Umno itu kelmarin yang membayangkan seolah-olah Ketua Pemuida PAS itu setuju bersatu dengan Umno dalam BN.

Dalam laporan yang tidak bertanggun jawab itu , Utusan telah memetik tulisan Nasrudin itu dan melaporkannya dengan tajuk "Umno, PAS perlu pelan damai".

Putar belit dari utusan itu segera di jawab oleh Ust. Nasrudin dalam harakahdaily pada hari yang sama.

Sesungguhya putar belit dari media UMNO dan kenyataan yang dibuat oleh pimpinan UMNO mengenai Isu yang sama, termasuklah kesungguhan "Mufti UMNO", Harussani yang bercakap perkara yang sama untuk menjadi jambatan adalah bukti UMNO sudah kekeringan modal dan dalam keadaan amat tersedak.

UMNO sudah hampir karam dalam keadaan mereka sesama sendiri berbalah dan dalam keadaan kucar kacir dalam BN yang memperlihatkan rapuhnya gabungan BN untuk kekal berkuasa dimasa akan datang.

Awas, UMNO dalam kadaan lemas dan sedang mencari tempat berpaut.

Kerana itu saya kira sudah sampai masanya seperti yang dicadangkan supaya UMNO kembali insaf dengan kesilapan yang telah mereka lakukan lebih 50 tahun lepas.

Saya cadangkan supaya UMNO segera dibubar atau bergabunglah dengan Pakatan Rakyat demi untuk menjamin masa depan Malaysia yang lebih gemilang. Waktu masih berlum terlabat.

Atau mereka akan ditolak oleh rakyat Malaysia dalam PRU ke 13 akan datang , dan itulah keyakinan yang ada pada diri saya./Harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan