Jumaat, 16 Julai 2010

KISAH PASIR DENGAN ENJIN PESAWAT

Ramai yang terkejut dengan sikap prihatin puak-puak UMNO BN dengan isu kecurian pasir di negeri Selangor sekarang ini. Nampaknya mereka begitu prihatin dan mengambil berat soal-soal kecurian dan kehilangan harta kerajaan. Sekali pandang kita nampak macam puak-puak UMNO BN ni sudah insaf dan ingin kembali ke pangkal jalan.

Namun, bila diselidik betul-betul ternyata apa yang mereka lakukan ini hanyalah retorik politik semata-mata sebenarnya. Mereka hanya berdemo dan mengadakan perarakan akibat isu kecurian pasir di negeri itu sahaja. Sebaliknya mereka menikus dalam isu kehilangan dan kecurian barangan lain.

Misalnya dalam isu kecurian enjin pesawat pejuang F5 milik Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dulu. Apakah puak-puak ini bangkit membela dan mendesak kerajaan ketika itu?. Mereka mendiamkan diri dan tidak rela untuk tampil membuat perhimpunan atau memprotes kerana kes itu menyebabkan kerajaan UMNO BN yang mereka sokong. Makanya, ia dihalalkan dan didiamkan begitu sahaja tanpa ada apa-apa tindakan lansung oleh "jagoan kampung" ini.

Namun, anehnya mereka begitu berselera untuk membuat protes apabila ia melibatkan kerajaan yang diterajui oleh parti pembangkang. Bukankah ini menunjukkan mereka itu bersikap hipokrit sebenarnya dalam usaha menjatuhkan imej Pakatan Rakyat. Itulah motif utama mereka sejak pembangkang berjaya mengambil alih kuasa di Negeri Selangor elepas Pilihanraya Umum ke-12 lalu.

[Elok benar Kerajaan Negeri Selangor menutup pintu pagar bangunan SUK itu, jika tidak sudah pasti "banjingan dan beruk" (memetik kata Khairy Jamaluddin kepada orang yang buat demonstrasi) akan melompat masuk dan berkeliaran dalam kawasan larangan. Hipokrit dan dengki itulah penyakit yang melanda puak-puak UMNO BN di Selangor sekarang ini. Mereka fobia melihat banyak projek yang selama ini menjadi milik mereka kini tidak lagi. Jika dulu mereka adalah perompak dan penjenayah yang bertindak demikian, kini mereka salahkan kerajaan negeri tidak pandai memerintah dan sebagainya. Walhal, di zaman Khir Toyo dulu apa yang berlaku lebih mengejut kerana Khir Toyo sendiri yang merompak pasir-pasir tersebut sebenarnya. Biarlah mereka gila meroyan dengan senario yang berlaku ini. Lama kelamaan sudah pasti mereka semua tidak tahan dan akhirnya mendiamkan diri].

Sumber: Pahang Daily

1 ulasan:

  1. itulah hakikat sebenar umno, penyakit dalaman yang tidak boleh diubati, kita tidak hairan perkara itu dilakukan kepada pakatan, sebab antara mereka sendiripun huru-hara, tak payah jauh, tengok najib dengan muhyidin sudahlah, ibarat bisul tunggu masa untuk keluar nanah. jangan ambil pot sangat hal ini, tengok siapa ketua yang buat demo, orang yg sedang mencari tempat untuk bertenggek... kut...kut boleh dapat tempat.

    BalasPadam