Sabtu, 10 Julai 2010

MERSING - SENATAK EZAM GAGAL LAGI `JUAL MINYAK'

Senator Ezam gagal gemparkan Mersing


Oleh 21Halim

"Setelah dua minggu menabur risalah poster, Pemuda UMNO gagal menjadikan ceramah Senator Ezam sebagai acara yang menggemparkan. Malam tadi (10 Julai 2010), bertempat di tepi pantai Kg Sri Lalang, di hadapan sekitar 500 audien, Senator Ezam melontarkan petikan kata-kata beliau sendiri yang pernah diucapkan di merata tempat semenjak beliau menyertai UMNO.

Isu 'besar' yang ingin ditonjolkan ialah betapa bahayanya negara ini jika diserahkan ke tangan Anwar Ibrahim. Senator Ezam turut membincangkan kes liwat. Menurut beliau Saiful talah berkata benar dalam sumpahnya. Kesungguhan Saiful membawa kes ini ke mahkamah menarik perhatian beliau. Tok Guru Nik Aziz dan Prof Yusuf Qardhawi pasti akan berkata lain jika tahu kedudukan sebenar Anwar dalam kes liwat ini. Katanya lagi, mengapa Dr Azizah dan anwar sendiri tidak menyahut cabaran beliau?

Fakta asas yang perlu dijelaskan oleh anwar ialah adakah Anwar 'buat' atau tidak? Jangan alihkan perhatian masyarakat kepada hal lain seperti laporan doktor.Perjuangan Anwar telah menyimpang dari jalur yang sebenar. Anwar sendiri telah mengkhianati PKR. Ezam yang mengaku sebagai orang yang menubuhkan PKR telah bertanya, jika Anwar benar, mengapa pemimpin yang sama-sama menubuhkan PKR dahulu kini telah tiada? Khalid Ibrahim, Saifudin adalah tokoh yang muncul kemudian. Zaid Ibrahim dan Dr Chua Jui Meng berada di mana ketika Anwar dalam tahanan?

Senator Ezam minta para penyokong PKR dan PAS agar sedar bahawa perjuangan Anwar ada kaitan dengan Yahudi. Bagi menutup ceramahnya, Senator Ezam mohon maaf kepada audien dan sekaligus menarikbalik segala pernyataan sokongan yang pernah dibuat terhadap Anwar Ibrahim.

Idris Ahmad, Setiausaha Penerangan PAS Kawasan Mersing yang turut hadir dalam ceramah tersebut menyatakan, Ezam menyerang Anwar dengan tujuan utama menyerang PAS. Ceramah ini dianjurkan sebagai membalas ceramah Anwar yang dibuat di Air Merah pada tahun lepas.

Penulis menunggu-nunggu hingga saat akhir apakah yang menggerunkan dan menggemparkan dalam ceramah Senator Ezam ini. Hasrat penulis tidak kesampaian. Dengan jeritan Hidup UMNO oleh beberapa kerat wanita UMNO penulis menyimpulkan, kehadiran Senator Ezam tidak menggemparkan.

1 ulasan:

  1. Ezam juga ingin hidup senang macam bangsawan lain dalam UMNO. Oleh itu, ini lah perjuangan yang tiada sekatan daripada sesiapa termasuk KDN

    BalasPadam