Isnin, 19 Julai 2010

PERPADUAN UMNO - PAS, JAWAPAN MUDAH OLEH TUAN IBRAHIM

Oleh: WFAUZDIN NS

SATU kenyataan terbaik dan tegas oleh Naib Presiden PAS, Datuk Tn Ibrahim Tn Man di akhbar Sinar Harian hari ini berkenaan isu perpaduan Umno - PAS. Cadangan diadakan orang tengah bagi menemukan PAS dan Umno ditolak mentah-mentah oleh Naib Presiden PAS tersebut yang menyebut bahawa bukan isu orang tengah, tetapi isunya PAS menolak dasar Umno yang sekular itu. Noktah.

Itu barulah dikatakan Naib Presiden PAS yang tidak memerlukan isu tersebut dibebankan ke atas Mursyidul Am PAS sahaja. Tahniah kepada beliau. Takziah juga kepada Umno. Mungkinkah selepas ini pemimpin Umno akan `mengigau' lagi untuk bersama PAS? Kesihan juga kita dengan parti sekular berkenaan yang masih teraba-raba mencari kawan. Cukuplah kawan yang mereka ada di dalam Bn itu walaupun mereka nampaknya tidak berminat untuk membantu Umno yang semakin tertekan sekarang.

Umno semakin dijauhi selepas ini samada oleh rakan mereka sendiri dan juga oleh golongan yang tidak berparti. Ini adalah kerana gara-gara ketidak cerdikan Najib mengurus negara yang membuatkan rakyat menjadi mangsa. Kenaikan harga barang yang baru diumumkan oleh Najib adalah satu kesilapan besar buat Najib. /wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. Syukur Alhamdulillah......terima kasih Naib Presiden PAS ... jawapan yang cukup jelas kecuali lah kalau orang yang mendengarnya jenis pekak atau tuli.

    BalasPadam