Sabtu, 17 Julai 2010

TUDUHAN SESAT TERHADAP PAS BUKAN MERUJUK AKIDAH - SHAFIE AFDAL

‘Pas sesat’ bukan rujuk akidah: Mohd Shafie

JERLUN - Kenyataan ‘Pas parti ajaran sesat’ yang diungkapkan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal baru-baru ini bukan merujuk kepada akidah pengikut Pas di seluruh negara sebaliknya hala tuju perjuangan parti yang terpesong dari landasan sebenar.

Mohd Shafie berkata, perkataan sesat yang digunakannya sebelum ini merujuk kepada objektif perjuangan Pas yang kononnya berpaksikan agama Islam tetapi kini parti itu sanggup mengenepikan perjuangan agama semata-mata memenuhi kepentingan politik peribadi.

”Kini semua orang dapat lihat Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat sanggup berpelukan bersama Penasihat DAP, Lim Kit Siang semata-mata demi kepentingan politik mereka,” katanya pada sidang media di Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerlun, di Wisma Jerlun di sini semalam.

Menurutnya, beliau tidak akan tunduk dengan tekanan segelintir pemimpin Pas yang memintanya menarik balik kenyataan ‘Pas parti ajaran sesat’.

“Tiada sebab untuk saya berbuat demikian. Saya sudah jelaskan maksud sebenar di sebalik kenyataan saya dan berharap perkara ini difahami jelas oleh pemimpin Pas,” katanya./Sinar

3 ulasan:

  1. Dato Seri tak payah perbetulkan ayat "pas parti ajaran sesat' kerena sememangnya pemimpin mereka sesat lagi yang menyesatkan.

    Biar lah mereka sendiri membuat tafsiran serta penafian kepas ahli mereka yang semua nya melayu malah terlalu taksub dengan ketua yang dianggap ulamanya betul 'ulama besar kepala'.

    Sebenarnay kami dalam PAS juga sedar tentang perkara ini tetapi tak suka mengakui secara terus sebab itu kami sekarang banyak berdiam diri.
    Perbezaan nya kami tidak cepat melentn seperti dulu apabila kami sudah bersedia memeluk SAP sedangkan dahulu nya kami menentang UMNO kerana berkawan dengan MCA dan Gerakan.

    Tahniah Dato keran membuak minda kami sepaya lebih kenal siapa pemimpin kami dan ajaran yang dibawa mereka.

    Teropongjauh

    BalasPadam
  2. kesian kat teropongjauh... dia ingat orang malaysia mudah tertipu... dia ingat komen poyo dia tu akan mempengaruhi pembaca.. kesian.. umno pula parti haram...dah lama dah!

    teodolite

    BalasPadam
  3. HEBATAN JUGA PITUENG DARI INDONESIA DIE KEBAL MA PELURU

    BalasPadam