Selasa, 31 Ogos 2010

DAP MASUK SURAU, KINI PAS MASUK KUIL PULA, UMNO MAHU CAKAP APA LAGI ?

Harakahdaily

KLANG, 30 Ogos: Kunjungan dan ucapan anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching telah menyebabkan Umno dan penguasa agama di Selangor melenting tetapi bagaimana reaksi mereka kalau melihat Adun PAS pergi melawat kuil Hindu dan berucap di sana.

Baru-baru ini, Adun PAS dari Meru, Dr Rani Othman telah melawat Kuil Hindu Bukit Rajah dan bercakap kepada para penganut agama itu yang sedang membuat ibadat.

Melalui blognya, Dr Rani menulis, beliau mengunjungi kuil di Bukit Rajah dan mengambil kesempatan untuk memberikan gambaran sebenar tentang tasawwur dan keadilan Islam kepada masyarakat India yang berada di situ.

"Sejarah membuktikan walaupun 12 kurun Islam menguasai negara Palestin contohnya, tetapi tidak ada seorang pun dari penganut agama Kristian dan Yahudi yang di paksa untuk menganut agama Islam sepanjang pemerintahan itu melainkan ramai dari mereka yang menganut agama Islam adalah dari kerelaan hati mereka sendiri apabila mereka dapat melihat sendiri keadilan dan akhlaq yang tinggi dikalangan orang-orang Islam," tulis beliau dalam blog Khidmat Meru itu./Harakahdaily

2 ulasan:

  1. ibu mertua saya meninggal dunia,sembahyang dilakukan dalam masjid.sebagai bisan ibubapa saya serta ahli keluarga yang lain masuk kedalam ruang masjid[ruang muslimah] untok bersama kami sebagai penghormatan dan memberi bantuan kewangan kepada keluarga mentua.adakah ini bersalahan dari segi pemahaman islam?.kalaulah ini suatu kesalahan saya ingin memohon maaf bagi pihak keluarga saya pada pihak masjid.

    BalasPadam
  2. Saya kuarang arif bab agama.., cuma nak tanya, kalau anda orang Islam dan belum mandi wajib ( hadas besar ) bolih tak duduk dalam surau atau masjid..,memandangkan orang bukan Islam sentiasa dalam keadaad hadas besar ( tak mandi wajib).

    tolong saya dengan hadis yang sahih.,penjelasan anda menunjukkan anda arif dlm bab2 agama

    BalasPadam