Isnin, 2 Ogos 2010

DS ANWAR BERJAYA `JAM' KAN JALAN SEJAUH 10 KM DI JOHOR

Kalau di Johor boleh jam 10 km, Di Terengganu kita akan jamkan seluruh negeri..

Oleh: notan

"Assalamulaikum,,.
Menarik untuk memperkatakan tindakan primitif UMNO melalui polisnya menyekat dan menghalang kelancaran ceramah PR di Johor.Malam semalam, ceramah DSAI dihalang di Johor dengan road block yang luarbiasa sehingga menyebabkan jalan jam sejauh 10 km.

Itu di Johor, negeri yang mempunyai ahli UMNO teramai dan negeri yang sudah lebih 50 tahun memberi kemenangan yang selesa kepada UMNO/BN. Yang keluar ke ceramah itu ialah orang Johor, bukan orang Serawak dan yang semakin ghairah untuk mendengar fakta dan angka mengenai isu isu utama negara itu ialah orang Johor, bukan orang Sabah.

Itu hakikatnya yang boleh dibaca dari peristiwa jalan jam tersebut dan ini bukan kali pertama berlaku di Johor. Ianya sudah menjadi fenomena sejak selepas PRU 12 lalu dan fenomena ini sudah lama berlaku di Terengganu. Menyekat ceramah dengan road block sudah tidak berlaku lagi di Terengganu tetapi orang Terengganu faham benar atas apa yang sedang berlaku di Johor sepertimana kisah bakar pos pilihanraya BN di Penang ketika PRU 12 lalu.

Rengkasnya, peristiwa yang pernah berlaku di Terengganu kini berjangkit di negeri negeri kubu kuat UMNO/BN. Tetapi yang menarik ialah ketika jalan jam di Johor, Dr.Badrul Amin sedang bercakap pada majlis ceramah yang diadakan di dataran Hj.Muda, Geliga Kemaman. Kerana itu orang orang Terengganu mendapat maklumat segera atas apa yang berlaku di Johor hasil dari hebahan Dr.Badrul Amin. Ketika inilah Dr.Badrul yang pernah ada pengalaman disekat di Terengganu dulu bertanya hadirin, kalau di Johor sekarang boleh jam 10 km, bagaimana kalau ceramah PR di Terengganu di sekat dengan cara yang sama?

Orang orang Terengganu sudah lali dengan sekatan sebegini dan polis juga sudah tidak segarang dulu lagi di Terengganu. Polis sudah tidak lagi menyembur gas pemedih mata, sudah tidak lagi menembak orang seperti menembak kambing dan polis juga sudah tidak lagi menyekat ceramah PR baik dengan cara tidak meluluskan permit atau mengadakan road block. Kenapa? Sebabnya seperti kata Dr.Badrul Amin, kalau di Johor boleh jam 10 km, di Terengganu kita akan jamkan seluruh negeri sekiranya ceramah PR diganggu seperti gangguan di Johor.

Kepada orang orang yang pernah memperlekehkan kekalahan PR di Terengganu sewajarnya menilai fakta ini sebelum begitu cepat memperlekehkan kekalahan ini dan kepada orang orang yang suka memperkecilkan ceramah PR, tolong ambil perhatian dengan semua peristiwa ini kerana ini adalah fakta bukannya rekaan semata mata./Tranungkite

4 ulasan:

  1. Salam perjuangan.
    Jika DSAI direhatkan sekali lagi dan jika sabit dikenakan pula sebatan.Adakah kita semua sanggup men"jam"kan seluruh jalan di negara ini?

    BalasPadam
  2. Nyawa orang terbabit dalam usaha itu kita cabut dari badan dia...kumpulkan nana dan sebarkan untuk pengetahuan rakyat....kita tembak mereka tu macam kambing pulak...

    BalasPadam
  3. kite jamkan satu m,sia
    bior polis buat road blok sebab dema punye gaji paling tinggi berbandig kaki tangan kerajaan lain

    BalasPadam
  4. Korang cakap macam orang tak ada otak...sebenarnya apa yg korang nak? korang ni mgkin terlalu taksub dan mengejar cita2 korang sndri..PAS,PKR dan DAP tu betul sgt ke? yg korg nak taksub sgt knp? knp korang nak pertaha lagi anwar? korg sama mcm dia ke kaki Bontot? BOdoh...nak kaya kerja baik2 la, kalau korg kerja kakitangan kerajaan sepatutnya korg la btlkan dalaman dulu sblm nak btl kan seluruh malaysia, Sebabnya nya bukan semua org malaysia bodoh dan taksub macam korg. terutama pemunya blog ni

    BalasPadam