Jumaat, 13 Ogos 2010

EZAM CABAR SAIFUL BERSUMPAH LAKNAT ?

Oleh: WFAUZDIN NS

CUBA anda semua kira, berapa ramaikah yang telah dicabar oleh raja sesumpah Ezam untuk bersumpah? Kesemua mereka yang pernah dicabar oleh raja sesumpah itu kesemuanya dari parti pembangkang. Pemimpin Umno? Usah harap.

Selain dari DS Anwar sasaran utamanya, Husam Musa dari PAS juga pernah dicabar oleh raja sesumpah untuk menjadi sesumpah sepertinya. DS Wan Azizah juga menjadi mangsa baru-baru ini. Apabila DS Wan Azizah menafikan fitnah beliau, maka sepantas kilat raja sesumpah menyuruh DS Wan Azizah bersumpah dan beliau pun akan turut bersumpah, katanya.

Main-main sumpah ini memang kerja Ezam sejak dulu, dan melanggar sumpah juga mainan saja buat Ezam. Ezam sanggup melanggar aturan Islam berkaitan sumpah ini. Peliknya tidak dengar pula oleh kita Ezam mencabar Saiful yang memang minat bersumpah itu untuk bersumpah menafikan hubungan intimnya dengan salah seorang pasukan Pendakwaraya di dalam kes Liwat II DS Anwar. Mengapa, sedangkan kita tahu Saiful memang berminat dengan sumpah menyumpah ini.

Maka, fikir-fikirkanlah stail raja sesumpah ini untuk mencari sesuap nasi.

5 ulasan:

  1. bagi aku sesuap nasi yang haram.

    BalasPadam
  2. Sumpah ni jangan main-main tau....aku dulu pernah sumpah mahathir "kalau dia cakap bohong berak taik dia bau busuk". Setakat ni tiada sesiapa tau berkesannya sumpah aku tu...cuma mahataik je yang tau...tak caya?...tanya diiaaa.

    BalasPadam
  3. wei, kalu tak nak sumpah, apa lagi, saman la ezam tu weih..nape? kecut perut?

    BalasPadam
  4. Mmg Ezam akan disaman jika terus menfitnah. Masalahnya, sudah berapa banyak saman yg telah dibuat oleh DS Anwar sehingga sekarang sepi? Saman terhadap KJ pun tak selesai lagi bila KJ pun minta batalkan saman. Kenapa takut masuk mahkamah?

    BalasPadam
  5. sudahlah, awak tutup aje blog awak ni, hanya menambah dosa awak aje. awak sendiri tak tahu saiful bercakap betul atau anwar bercakap betul, lepas tu sibuk-sibuk tuduh saiful buat fitnah. yang pasti salah seorang memang menipu. sekurang-kurang saiful berani juga bersumpah cara islam. kalau dia tipu juga, itu antara dia dengan Allah. yang si bang nuar nye, tak caya mahkamah , sumpah pun taknak. from azman

    BalasPadam