Jumaat, 6 Ogos 2010

KES LIWAT II - MOHON DAPATKAN NOTA PERUBATAN PUN TIDAK BOLEH ?

Rayuan Anwar untuk nota perubatan ditolak

Ogos 6, 10

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada mendapatkan nota-nota perubatan dari tiga doktor Hospital Kuala Lumpur yang merawat pengadu kes liwatnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Hakim Datin Paduka Zaleha Zahari yang mengetuai panel tiga hakim berkata keputusan itu dicapai selepas berbincang dengan panjang berhubung takat bidang kuasa.

"Ia tidak menolak hak tertuduh. Untuk menjawap soalan oleh perayu, sama ada ia menolak hak tertuduh, jawapan kami adalah negatif. “Justeru, kami menolak rayuan itu,” katanya Zaleha berkata mahkamah juga bersetuju dengan penghujahan yang dibuat oleh Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden. Hakim-hakim lain yang bersidang hari ini adalah Datuk Abdul Malik Ishak dan Datuk Clement Allan Skinner.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 18 Julai lalu menolak permohonan Anwar Ibrahim bagi mendapatkan semua laporan perubatan yang disediakan oleh tiga doktor yang terlibat. Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dalam keputusannya berkata tidak ada peruntukan atau asas undang-undang yang mengatakan dokumen itu perlu dibekalkan. Permohonan itu dikemukakan oleh peguam Anwar pada 4 Jun lalu.

Beliau meminta semua nota klinikal dan laporan perubatan, bahan, spesimen, emel, nota bertulis tangan, surat-menyurat, catatan dan pemerhatian oleh ketiga-tiga doktor yang telah memeriksa pengadu kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun 2008, dua hari selepas mendakwa dia diliwat oleh Anwar. Selain itu, peguam Anwar juga mahu pihak pendakwa menyerahkan peralatan yang lazim digunakan semasa ujian untuk serangan seksual diberikan kepada mereka.

Pihak pembela juga ingin mendapatkan maklumat berhubung kelayakan dan pengalaman ketiga-tiga doktor berkenaan yang merawat Saiful - Dr Khairul Nizam Hassan, Dr Mohd Razali Ibrahim dan Dr Siew Sheue Feng. Dr Mohd Razali adalah pakar bedah di HKL yang telah memeriksa bekas pembantu Anwar dengan pakar rawatan kecemasan Dr Khairul Nizam dan pakar patologi forensik Dr Siew.

Semasa pemeriksaan utama, Dr Mohd Razali mengesahkan berlaku penetrasi zakar berdasarkan laporan kimia yang menunjukkan kehadiran air mani pada empat kapas kesat yang diambil daripada Mohd Saiful. Anwar juga gagal bagi mendapatkan dokumen utama termasuk sampel spesimen DNA Mohd Saiful sebelum bermulanya perbicaraan kes liwatnya, apabila Mahkamah Persekutuan menolak permohonan bagi semakan keputusan Mahkamah itu yang tidak menyebelahinya pada 2 Februari tahun ini.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008. Anwar boleh dipenjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Seorang pakar forensik yang didatangkan khas dari Australia oleh pihak pembela, Dr David Wells, sebelum ini mengadu bahawa beliau tidak dapat menjalankan tugasnya jika dokumen berkenaan tidak dibekalkan.

Profesor dari Victoria Institute of Forensic Medicine itu berkata peranannya sebagai penasihat pihak pembela akan terjejas tanpa dokumen berkenaan. Prosedur lazim bagi kes jenayah adalah bagi pihak pendakwa membekalkan semua dokumen berkaitan kepada pihak pembela sebelum permulaan perbicaraan./Malaysiakini

7 ulasan:

  1. kah-kah Anuar nak soalan bocor. Kalau tak buat apa nak takut.

    BalasPadam
  2. inilah standard yang paling tidak adil badan kehakiman negaraku tercinta, pabila badan kehakiman telah dilacurkan oleh orang yang berkuasa dan berkepentingan politik, keadilan dan mahkamah dah jadi bahan lawak jenaka antarabangsa, memalukan

    BalasPadam
  3. woit 23:05, kepala butoh bapak engko nak soalan bocor, kalau jadi kat lu, gua rasa lu terkencing and terberak dalam seluar, silap2 lu akan suruh bapak lu buntut kan lu punya lubang jubor

    BalasPadam
  4. 23:05 tu mesti melayu. kemungkinan besar melayu felda. knp bodoh sgt melayu ni?

    BalasPadam
  5. Mahkamah digunakan utk keadilan bukan menekan atau langsung tidak boleh memberikan keadilan pada tertuduh..ini lah padahnya jika ketua hakim org UMNO.

    BalasPadam
  6. apa nak diharap mahkamah malaysia;

    1. ketua hakim sendiri pun ngaku kasi beri korupsi (rujuk statement karpal)

    2. ketua hakim pun pernah dijatuhkan hukuman mahkamah syariah - kahwin lari

    3. ketua hakim pun ada saham kat projek monorel berkembar

    4. ketua hakim pun pernah jadi ahli disiplin UMNO

    SO.......what the hell

    BalasPadam
  7. kepala butuh mu...org sema tak betui....otak duduk kat lutut.....kamu berfikir dgn buntut ke....dah buat tanggunglah sendiri...

    BalasPadam