Selasa, 10 Ogos 2010

MAIN ISU PERKAUMAN - INI KERJA AKHBAR HARAMJADAH !!

Alahai UTUSAN.. tak rasa berdosa ka dok buat cerita karut marut nie...
Punca Sebenar 27 Peniaga Melayu Tidak Dibenarkan Berniaga di Bazar Ramadan KOMTAR

Isu 27 peniaga Melayu tidak dibenarkan berniaga di Bazar Ramadan KOMTAR cukup hangat dimainkan oleh blogger UMNO. Malangnya, isu perkauman ini turut dimainkan oleh Utusan Malaysia (UM) dengan menyiarkan artikel berkaitan:

* 1,000 peniaga protes hari ini
PULAU PINANG 8 Ogos – Kira-kira 1,000 orang peniaga dan ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dijangka berhimpun di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini esok bagi membantah tindakan kerajaan negeri tidak membenarkan peniaga Bazar Ramadan berniaga di situ...

* Diskriminasi terhadap peniaga-peniaga Melayu

PULAU PINANG 8 Ogos - Tindakan menghalang peniaga Bazar Ramadan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini berniaga sepanjang bulan puasa membuktikan kerajaan negeri di bawah pimpinan DAP memiliki sikap perkauman yang tebal....

Tanpa merujuk kepada kerajaan negeri, akhbar lidah UMCO itu menyiarkan berita bersifat provokatif di muka hadapan akhbar itu. Isu agenda akhbar ini berbuat demikian tidak perlulah dipanjanglebarkan, kerana orang yang celik minda sudah tahu akan hal itu.

Susulan daripada laporan UM, Harakah menyiarkan berita di bawah ini tentang respons Lim Guan Eng berkaitan dengan laporan UM pagi tadi:

PULAU PINANG, 9 Ogos: Para peniaga bazaar Ramadhan di Komtar tidak boleh berniaga tahun ini ekoran dari tindakan penganjur bazar itu tidak membayar sewa kepada Lembaga Pembangunan Pulau Pinang (PDC) walaupun telah mengutip yurannya dari peniaga.

Demikian dijelaskan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam laman komuniti Twitternya.

"Mengapa penganjur tak bayar PDC wang sewa yang dkutip daripada 27 peniaga Melayu? Bazar Ramadan tunggu bayar sewa.Tahun depan deal terus dengan peniaga," tulis beliau dalam twiiternya.

Sementara itu, beliau juga berkata, satu surat kelulusan telah dikeluarkan kepada penganjur iaitu Persatuan Peniaga Komtar melalui naib pengerusinya yang bernama Ghani.

Utusan Malaysia, media Umno, hari ini menyiarkan di muka depannya laporan kononnya kerajaan negeri Pulau Pinang menyekat peniaga Melayu membuka bazar Ramadhan di Komtar.

Laporan bertajuk "Melayu terus ditindas" itu jelas cuba memainkan isu perkauman terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng itu.

Ekoran itu, Guan Eng menyifatkan ia satu lagi siri mempermainkan isu perkauman terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang.

Sebelum ini, akhbar yang sama memainkan isu seorang peniaga Melayu yang mempertahankan kedainya yang dibina di atas pokok dari dirobohkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Guan Eng menjelaskan, tidak ada isu ia kedai Melayu atau tidak. Isunya adalah keselamatan kerana ia dibina di atas pokok, kata beliau.
Manakala The Malaysian Insider pula melaporkan bahawa pihak PDC tidak menghalang peniaga Melayu berniaga di KOMTAR:

KUALA LUMPUR, 9 Ogos — Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) hari ini menafikan dakwaan Dewan Perniagaan Komtar (KMA) dalam Mingguan Malaysia semalam yang ia menghalang 27 peniaga Melayu daripada berniaga ketika Ramadan di Komtar.

“Merujuk kepada kenyataan akhbar (semalam), pihak PDC ingin memaklumkan bahawa kenyataan yang dilaporkan bahawa 27 peniaga Melayu dihalang berniaga di bazar Ramadan di Komtar adalah tidak benar,” kata Pengurus Kanan Hartanah PDC Mohd Bazid Abdul Kahar.

Bazid berkata, adalah tidak bertanggungjawab untuk memainkan sentimen perkauman bahawa ada penindasan peniaga Melayu hanya untuk menutup kegagalan Persatuan Perniagaan Komtar (KMA) membayar sewa kepada PDC dan kegagalan menguruskan bazar Ramadan mengikut peraturan ditetapkan....
Persoalannya, siapakah penganjur yang melesapkan duit peniaga itu?

Sumber: KedahLanie

3 ulasan:

  1. Akhbar haramjadah ka Hang yang bongok? Sokong PKR konon..apa hang dapat?? Cuba pikiaq skit masa depan..orang cina lani dok aman sebab melayu perintah!!!!!!!orang melayu nak hidup aman ka bila PKR merintah???

    BalasPadam
  2. adui...payoh nk cakap..sokong UMNO dpt pe..? da la bnyak duit rakyat kerajaan songlap..beli kucing parsi la..beli kapal selam second la..itu ke pemimpin yg korang nak..? korup2..

    BalasPadam
  3. Ya, Utusan Melaysia memang surat khabar yang selalu memainkan isu perkauman. Kenapa kerajaan tidak mengambil tindakan ke atas surat khabar UM??? Perbuatan mereka sangat tidak bertanggungjawab dan amat menggeramkan!!!!!

    BalasPadam