Rabu, 18 Ogos 2010

PAS Selangor sokong dan mempertahankan kuota Bumiputera

Aug 17, 2010

PAS Selangor kesal yang isu kuota 30% pemilikan ekuiti Bumiputera dalam sektor ekonomi terus dipertikaikan. Terbaru ianya dibawa melalui resolusi Kongres Ekonomi Cina anjuran parti MCA Sabtu lepas. MCA yang merupakan komponen Barisan Nasional kelihatan begitu bersungguh mendesak mahu menghapuskan kuota ini.

Sesungguhnya golongan Bumiputera masih jauh ketinggalan dalam sektor ekonomi dan tindakan menghapuskan kuota ini sudah pastilah akan jauh menyisihkan lagi mereka dalam saingan ekonomi terbuka. Banyak usaha perlu dilakukan untuk melatih dan membantu golongan ini dan menghapuskan kuota hanya akan menambah rumitkan keadaan.

PAS Selangor juga akur selain mempertahankan kuota ini usaha untuk membantu golongan lain khasnya kelompok tercicir dalam sektor ekonomi termasuklah dari masyarakat Cina, India dan lain-lain perlu juga diberi perhatian.

Setelah hampir lebih 52 tahun Merdeka PAS Selangor merasakan isu-isu yang telah lama disepakati bersama termasuklah kuota pemilikan ekuiti Bumiputera ini sepatutnya tidak lagi dipertikai atau dipolitikkan oleh mana-mana pihak. Yang penting adalah usaha dan inisiatif semua pihak bagi memastikan yang semua kaum dalam negara terbela dan terjamin nasib dan kebajikan mereka dan tidak ada lagi mana-mana golongan yang tercicir khususnya dalam sektor sosial dan ekonomi.

PAS Selangor akan terus menyokong dan mempertahankan kuota ini selain apa sahaja usaha untuk memartabatkan taraf ekonomi golongan lain yang perlukan bantuan dari pihak berwajib.

*Kenyataan media oleh Roslan Shahir bin Mohd Shahir selaku Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor./MerdekaReview

5 ulasan:

  1. Aiseh sepatutnya PAS tak leh keluar kenyataan macam ni. Ini drama depa apa kata kita tonton saja ramai-ramai. Lepas ini MCA akan melutut balik pada UMNO. Buat apa terlibat sama, seddangkan Perkosa dah ada. Sepatutnya kenyataan yg dikeluarkan ialah tindakan MCA dan UMNO bergaduh sekarang ni merugikan rakyat dan merupakan kegagalan dasar 1Malaysia. Akibatnya boleh menyebabkan ketegangan antara kaum. sebab masing-masing main sentimen perkauman.

    BalasPadam
  2. ABU (Aku Benci Umno)18 Ogos 2010 pada 4:04 PTG

    Betul tu... sepatutnya PAS kena perati je wayang dia orang. Tapi nak buat macam mana kalau yang bercakap tu proksi UG. Presiden & timbalan senyap, ketua pemuda senyap tapi dia orang suruh pecacai di selangor jadi jurucakap pulak. Sebagai rakyat aku nak beri tau kat dia orang semua PEGI MAMPOS DENGAN APA KUOTA PUN.

    BalasPadam
  3. Cuba tengok Lim Guang Eng dah arahkan semua DAP jangan masuk campur tu baru betoi. Memang la betoi pasai 30 persen tu kita org melayu marah tapi bagi Pakatan Rakyat 30 persen tu masuk pokett geng geng UMNO Barisan Nasional cerdik la sikit Ust Nasa dengan Roslan Shahir weiii

    BalasPadam
  4. pas selangor kene bijak ler .... aku yang tak jadi YB pun faham dah mainan umno/bn ni .... awat mulut pas selangor tak boleh diam kan je ?
    biar umno/bn terjun dengan labu labu nya dan pas selangor jangan pasang jaring pulak kat bawah .... takkan tu pun tak faham !!
    "pergi jahanam umno/bn , melayu lebih selamat tanpa umno".

    dhuen77@yahoo.com.my

    BalasPadam
  5. Macam-macam PJ Selangor nie... beranak dari lubang tu, cop dia lagu tu maka perbuatannya pun mestila lagu tu. Awat tak reti reti lagi ka wayang UMNO-MCA tu,... oppps lupa asal mai dari lubang tu, asai melayu,..jom tentang sapa kacau melayu,..... issh yang dok di ataih, bila lagi nak kaih buang sampah nie...nanti teruk kot kita kat PRU13 nie... Lekas la kaih... hampa tunggu apa lagi...hampa suruh kami jihad tang hampa..walaa walaa, apa cerita nie...ish dah dok genggam, tapi tak berapa kemaih, dah kita nie, tak kan nak bagi terlucut kot. Hampa tak sayang kat Islam ka...dok melayu, melayu,..duit,..duit...

    BalasPadam