Angin Pemilihan makin terasa...
     
Angin pemilihan makin terasa. Ramai  teman - teman mula resah dan mendesak untuk che'GuBard mengumumkan  pendirian untuk bertanding Ketua Angkatan Muda Malaysia.
Tidak akan umum
che'GuBard dengan ini menyatakan pendirian dengan tegas tidak akan membuat pengumuman bertanding. Kita memilih antara yang terbaik dalam keluarga kenapa perlu heboh - heboh urusan dalam rumah kita. Lebih - lebih lagi dalam keadaan media arus perdana tidak sama sekali menyebelahi kita dan sentiasa umpama serigala lapar bersedia memanipulasi apa juga cerita kecil untuk menyerang parti.
Parti ini telah matang. che'GuBard amat yakin dengan kematangan ahli - ahli muda parti. Mereka bukan orang lain, kebanyakanya ialah mereka yang bergelumang bersama menyambung nafas dan membina parti ini dalam keadaan susah dan senang.
Tidak akan umum
che'GuBard dengan ini menyatakan pendirian dengan tegas tidak akan membuat pengumuman bertanding. Kita memilih antara yang terbaik dalam keluarga kenapa perlu heboh - heboh urusan dalam rumah kita. Lebih - lebih lagi dalam keadaan media arus perdana tidak sama sekali menyebelahi kita dan sentiasa umpama serigala lapar bersedia memanipulasi apa juga cerita kecil untuk menyerang parti.
Parti ini telah matang. che'GuBard amat yakin dengan kematangan ahli - ahli muda parti. Mereka bukan orang lain, kebanyakanya ialah mereka yang bergelumang bersama menyambung nafas dan membina parti ini dalam keadaan susah dan senang.
Maka  kami saling mengenali dan sudah umpama adik beradik. Anak muda dalam  parti ini sudah tentu tidak sama dengan segelintir pengundi yang sering  tertipu dengan Bn. Ketika pilihanraya jauh Bn begitu sombong dalam  membuat keputusan dan jarang sekali muka pemimpin menjengok rakyat  tetapi malangnya ada rakyat yang tertipu apabila dekat pilihanraya  pemimpin Bn bersungguh turun bawah dengan perbagai tawaran dan umpan.  Sudah tentu tak terlawan dengan pemimpin kita yang sejak habis  pilihanraya walaupun tewas di tempat tertentu tetapi tidak henti bekerja  siang dan malam tanpa peruntukan dan penuh kepayahan sepanjang masa.  Manakala pemimpin Bn dengan perbagai peruntukan dan payung atas nama  'kerajaan' sudah tentu mampu menunggang semua jentera mengambil hati  rakyat saat akhir dan selepas menang mereka akan melupakan rakyat  sehinggalah pilihanraya akan datang sekali lagi. Sementara rakyat dilupa  itulah rakyat yang dihimpit perbagai masalah mencari pemimpin kita  untuk diperjuangkan nasib mereka. Sudah tentu ahli muda parti tidak akan  sedemikian rupa.
cheGuBard amat yakin selama ini tanpa henti dan letih bersama akar rumput anak muda dlaam parti kita sudah saling mengenali maka tidak perlu perantaraan media bagi menyatakan hasrat apa jua. Lainlah jika kita kita tidak punya hubungan.
Gerakan  muda parti pernah mengeluh apabila tidak punya arah dan pimpinan tidak  menjengok 'ke bawah' namun bila tiba musim pemilihan ini suasana  ternyata berbeza meriah. Apapun ambil semuanya dari sudut positif.
Raikan demokrasi dengan tawaran bukan dengan serangan
Belum  pun umum pendirian tetapi mula diserang. Satu pihak menyerang terus  secara peribadi dengan mengaitkan che'GuBard dengan hubungan keluarga  Ketua Umum. Benar che'GuBard berkahwin dengan anak adik Anwar Ibrahim  tetapi tidak pernah menggunakan kaitan hubungan itu dalam politik. Malah  ramai yang tak ketahui sehinggalah ada pihak yang begitu bersungguh  pertahan jawatan dalam Angkatan Muda menggunakan isu ini.
Tersebar  luar sms "Ketua Umum Anwar, Presiden Isteri, Anak Ahli Parlimen tak kan  menantu nak jadi Ketua AMK pula.... ayuh pertahankan XXX yang selama  ini berkorban untuk parti" begitulah salinan sms yang diterima dihantar  oleh teman yang dapat dari seseorang yang dikenali.  Inilah yang  che'GuBard gelar tidak bijak dan terlalu ghairah berkempen hingga  memancing bencana pada parti.
Contohnya  dalam pilihanraya yang lepas kalau ikutkan hubungan keluarga boleh  sahaja che'GuBard merengek untuk bertanding kerusi selamat seperti  beberapa kelompok pemimpin yang sanggup bertanding jauh dari tempat  mereka semata mengejar kemenangan. Tetapi kerusi yang dijanjikan awal  kepada che'GuBard di Negeri Sembilan juga di beri kepada orang lain  sehingga che'GuBard 'terpaksa' mencari kerusi sendiri. Tapi itu semua  enteng dihadapi sebab kita bukan dari kelompok politisi naungan.
Dalam  satu pihak lain yang mengejar jawatan dalam AMK pula menggunakan tema  menerima naungan pimpinan utama parti. Kononya wahyu menetapkan dia  perlu menukar imej gerakan muda kepada gerakan cerdik pandai yang boleh  menyaingi anak muda parti lawan. Kononya dia tidak memerlukan jawatan  itu tetapi parti dan wahyu yang memaksa dia menerima jawatan itu. Parti  ini perlu segera diubah imej dan imej tersebut tidak akan berjaya diubah  dan menyaingi anak muda parti lawan jika 'anak jalanan' seperti  che'GuBard menerajui.
Tersepit  ; satu kata che'GuBard perlu ditolak sebab kerana punya hubungan  keluarga dengan pemimpin utama dan satu lagi meminta mereka dipilih  kerana dinaungi oleh pemimpin utama.
Gerakan  Muda di sebuah negeri di utara pernah menjadi gerakan muda yang  membanggakan parti. Namun oleh kerana ingin mengubah imej kerana kita  telah membentuk kerajaan maka seorang cerdik pandai yang juga bergelar  YB 'diwahyukan' menjadi Ketua anak muda di sana. Sebelum ini gerakan  anak muda diterajui oleh ana
k muda biasa-biasa sahaja tetapi kukuh dan  kuat sehingga memenangkan negeri tersebut. Malangnya apabila anak muda  akur menerima ketua Yb 'cerdik pandai' gerakan anak muda di negeri  tersebut hampir hancur.
k muda biasa-biasa sahaja tetapi kukuh dan  kuat sehingga memenangkan negeri tersebut. Malangnya apabila anak muda  akur menerima ketua Yb 'cerdik pandai' gerakan anak muda di negeri  tersebut hampir hancur.Demokrasi  ini harus dirai dengan pesta tawaran dan pertunjukkan kebolehan bukan  serangan dan politik naungan. Ahli yang matang dan cerdik akan menjadi  hakim dengan melihat semua tawaran dan pertunjukkan kebolehan yang  diselarikan dengan kerja buat selama ini maka penghakiman yang wajar  harus diberikan./chegubard.blogspot
Tiada ulasan:
Catat Ulasan