Isnin, 16 Ogos 2010

PERKASA MESTI SOKONG PAS JIKA IKHLAS MAHU BELA NASIB MELAYU

Oleh: WFAUZDIN NS

MAKA, raja katak Pasir Mas mengetuai Perkosa memberi amaran kepada Najib. Ini adalah berlanjutan kepada resolusi Kongres Ekonomi MCA yang menuntut agar ekuiti Bumiputera dikurangkan. Kongres tersebut sebelum itu telah dirasmikan oleh Najib.

Raja katak memberi kata dua kepada Najib agar Najib berbuat apa sahaja untuk menyelamatkan Bumiputera. Jika tidak, Umno akan kehilangan sokongan orang-orang Melayu, katanya. Baca di sini. Apakah selama ini sokongan orang-orang Melayu sudah begitu kuat kepada Umno?

Sebenarnya orang-orang Melayu mahu apa hidup di dunia ini? Mereka hanya perlukan ekuiti 30 peratus itu sajakah? Jika benar, selama 50 tahun lebih Umno berkuasa adakah tercapai 30 peratus itu? Jika tidak, apa yang orang-orang Melayu perlukan di dalam hidup mereka? Raja katak jangan berfikir serendah itu untuk menggambarkan orang-orang Melayu hanya menuntut ekuiti yang tidak pernah membantu mereka selama ini. Orang-orang Melayu yang masih berpegang kepada ugama Islam, mereka mahukan lebih dari itu terutamanya keadilan dan kesejahteraan. Keadilan dan kesejahteraan hanya boleh dicapai jika Islam yang memerintah.

Berilah selama mana Umno memerintah, selagi mereka menolak Islam sebagai asas perjuangannya nescaya selagi itulah orang-orang Melayu akan gagal. Sekiranya Islam yang memerintah, bukan sahaja Melayu yang selamat bahkan kaum lain juga akan merasa nikmat berada di bawah payung Islam. Di negara kita, hanya PAS sahaja yang berjuang untuk menegakkan Islam. Justeru itu, marilah bersama PAS untuk kita buktikan bahawa Islam mampu membela semua bangsa dan kaum./wfauzdin.blogspot.com

5 ulasan:

  1. Saja nak refer pada tajuk posting.
    Wan,ahli Perkasa tak berapa orang.Dan kebanyakan sudah tak laku dimata orang ramai.Buat menyemak saja kalau dibuat kawan.
    Tak payahlah nak kempen dekat depa.Biak depa dengan umno,biak pi lah depa dengan Mahadhir dan Ibrahim Ali.

    BalasPadam
  2. mmg betoi pun .. toksah dok tagih sokongan puak camni .. nanti abis rosak program ..

    BalasPadam
  3. Geng Brahim Katak ni tidak diperlukan dalam PAS.Ketua dia ,Brahim Katak,PAS dah beri muka sikit dalam PRU Ke12,bila menang dia libas balik PAS dan TGNA.Kalau mereka datang kepada PAS,akan buat kacau aje.Diluar mereka kacau,bila didalam akan lebih kacau.Biarka saja mereka dengan songkok tinggi mereka.

    BalasPadam
  4. Puak2 tu kalau tak sokong umno depa nak sokong sapa? Pi mampuih ngan depa nak sokong ka tak nak. Seram sejuk dengar brahim ali beri kata dua pd najib...

    BalasPadam
  5. bro,kena ingat yang Brahim tu dah nampak yang dia takda peluang dalam UMNO dan dia pun nampak UMNO takda masa depan.Dia saja umpan kita tu dan tunggu kita pelawa je.Tolong jauhkan Brahim Ali,Ezam , Zahid Mat Arip.Lokman Adam dari halaman kita.

    BalasPadam