Rabu, 11 Ogos 2010

SEPANDUK GAMBAR SULTAN JOHOR DIGANTUNG OLEH UMNO ?

Digantung oleh Umno?

....Di Segamat, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, menyifatkan perbuatan sebuah parti politik yang menggunakan poster gambar Sultan Johor, Sultan Ibrahim, di dalam kempen parti itu sebagai perbuatan yang keterlaluan dan melampau.

Beliau berkata, perbuatan seumpama itu adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku dan berharap polis dapat menjalankan siasatan segera bagi mengenal pasti pihak yang terlibat.

Adalah tidak wajar untuk membawa pihak istana dalam kempen parti politik, katanya kepada pemberita pada program lawatan kerja ke Parlimen Sekijang hari ini.

Mengenai dakwaan kononnya kain rentang itu dipasang oleh ahli Umno, Abdul Ghani menegaskan dakwaan tersebut tidak berasas kerana perbuatan seperti itu bukan amalan mereka.

"Kita (Umno) tidak pernah mengamalkan politik seperti itu. Apa yang kita tahu parti pakatan pembangkang membuat perjumpaan dalam tempoh berkenaan dan kain rentang yang dimaksudkan itu dinaikkan," katanya./Malaysiakini

Ulasan Blogger:

Agaknya yang pasang sepanduk `Kami Mahu Deris, Natang" di hadapan Istana Terengganu suatu ketika dahulu pun dilakukan oleh DAP, PAS atau PKR kot....

4 ulasan:

  1. Gahni jgn lah buek statement yg ngok !!!!!!!!

    BalasPadam
  2. Hehehe....
    Pak Oncu, itu saja standard UMNgOk...
    Mana mampu mereka nak keluarkan statement yang power

    BalasPadam
  3. Markas PAS kat Rengit kena attack dek polisi......al tak pulak dia sebut...Apa ?...dia ingat orang kat rengit tu buta dan pekak ke....Ini sebok cerita Gambor sultan...yang melayu johor sedia maklum perangai dia....KEMBARA PURA-PURA...last..duit kerajaan negeri yang punah....BAAAHHHAAALLLOOOLLL.

    BalasPadam
  4. Tu semua kerja pembangkang...semua dah tau....

    BalasPadam