Isnin, 16 Ogos 2010

ULAMAK MUDA YANG BIKIN KITA TERMUNTAH

Ulama muda Umno - naifnya kamu!

Hafizal Iskandari
Ogos 14, 10

Kita tidak marah. Masuklah ke dalam Umno. Ini Malaysia, negara demokrasi. Semua parti yang sah didaftarkan, maka semua orang boleh menyertainya. Maka, jika ulamak mana sekali pun mahu masuk Umno, masuklah. Mahu masuk parti sosialis pun, masuklah.

Cuma, gunakan akal. Jangan jadi bodoh dan naif. Rugi mengaji tinggi jika membezakan angsa dan gajah pun tak reti!

Bila terbaca atau lebih tepat, terpaksa membaca tulisan Fathul Bari Mat Jahya - pengerusi jawatankuasa kerja Sekretariat (Ulama Muda Umno) – eee…geli…maka perut saya mulai melugai.

Nasib baik ini bulan Ramadan. Jika sengaja memuntahkan diri, nanti membawa kepada batalnya puasa. Saya tahanlah!

Manalah tidaknya. Hujah ustaz muda ini dangkal. Tak patut bagi seorang ilmuwan sepertinya begitu naif tentang parti yang sedang membusuk bernama Umno ini.

Saya tak tahu dia duduk di planet mana selama ini, sehingga tidak mampu mencium segala kebusukan Umno. Mungkin dia tak pernah dengar, Tun Dr M sendiri pernah berkata: “Umno busuk sehingga ke usus-ususnya!”

Tun Dr M dahulu pernah dinafikan haknya sebagai ahli Umno untuk menjadi perwakilan dan Tun Dr M meracau bahkan macam gila meroyan hingga keluar Umno. Semuanya kerana Umno sudah busuk - dengan budaya rasuah dan lain-lainnya.

Takkanlah bakal doktor PhD dalam bidang hadis, ulamak muda ini tidak tahu semua ini? Takkanlah dalam hadis nabi yang dia pelajari, dia tak jumpa bahawa nabi bergelut siang malam menegakkan keadilan dan menghapuskan kezaliman.

Zaman jahiliyah adalah penuh kezaliman, lalu nabi membawa Islam yang penuh keadilan. Adilnya Islam termasuklah untuk seluruh alam - termasuklah kepada bukan Islam.

Saya tak payah bagi tahu hadis mana dan nombor berapa dan dari kitab hadis mana. Saya yakin ulamak hadis Umno ini boleh mencari, apakah pesan nabi kepada kita dalam mendepani orang zalim. Memberi nasihat secara berani atau bersekongkol dengan mereka?

Jika nabi menggunakan wasilah yang dipakai olah team ulamak muda Umno ini, maka nabi boleh sahaja menerima tawaran daripada pemuka Quraisy - harta, wanita dan takhta – untuk berkerjasama dengan mereka.

Hai ustaz Umno…nabi pernah ditawarkan jadi raja…tapi nabi tolak. Nabi tahu, 'raja' itu peranannya tak lebih hanyalah boneka…syariat Allah tak dapat tertegak dengannya. Maka, nabi pilih jalan susah…hijrah, perang dan meraih kemenangan!

Mana ada jalan mudah dalam berjuang. Ustaz muda Umno mungkin menganggap, ujian terbesar bagi mereka adalah 'cemuhan' dan kritikan daripada orang ramai…ya, tentang mengubah imej Umno daripada parti hampeh kepada parti yang cun. Mengubah puteri dan wanita Umno yang bertelanjang bulat rambutnya kepada bertudung – misalnya.

Itu bukannya ujian besar. Memanglah, dalam PAS dan PKR hatta PSM – semuanya tidaklah sempurna. Tetapi, dengan memberikan alasan bahawa ulamak kena menyertai Umno agar dapat memberi nasihat ke atas kesilapan Umno – ceh!!! Kononnya selama ini tiada orang yang menasihatinya - maka inilah hujah paling bodoh saya rasakan.

Bukankah presiden Umno a.k.a PM mempunyai penasihat agama. Dulu, Hamid Othman menjadi penasihatnya. Apa nasihatnya? Bukankah dalam Umno ramai ustaz? Datuk Firdaus yang menjadi bengkeng tiba-tiba di Permatang Pauh itu apa? Bukan ustaz, al-hafiz lagi! Jamil Khir itu apa? Mashitah Ibrahim itu apa? Yusuf Nor itu apa? Ramai lagi…bahkan tahap professor gaban pun ada!

Masalahnya, suara mereka atau lebih tepat – suara ulamak Umno – tiada tempat dalam Umno. Maka, mari kita lihat selepas ini, apakah nasihat pertama yang akan diberikan oleh ulamak muda Umno ini kepada PM dan presiden mereka! Dan saya lebih menantikan, nasihat pertama mereka kepada isteri PM yang tercinta!/Malaysiakini

2 ulasan:

  1. Tu dah tak dapat projek sangatlah tu, sibuk nak masuk UMCO. Di samping baca kitab, suruh lah si banggang tu join sama blogger, barulah dapat cerita, taklah dikatakan Melayu banggang walaupun lepasan Mesir. Jual minyak urat lebih baik dari join UMCO tu.. ini budak PASTI pun dah tahu. Betoi banggang punya manusia la.

    BalasPadam
  2. sio sio omak bapak ko berhabis harto hantar ko pi mosir.....belaja tak katam...harap jadi anak yg saleh...tapi jadi anak yg sia leh....

    tak dapek la den nak menulong aee....

    kah kah kah kah kah kah ...

    BalasPadam