Khamis, 16 September 2010

JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN PKR TIADA KUASA - ZAID IBRAHIM

Nombor dua tak ada kuasa

“Lagipun jawatan timbalan presiden (PKR) itu sebenarnya tidak ada kuasa. Nombor dua dalam politik Malaysia ini hanya untuk glamour dan nama saja, tidak ada banyak kuasa sangat.

“Apa lagi dalam PKR, nombor satu pun tak ada kuasa seperti ketua umum, jawatan yang tidak boleh ditandingi. Jadi, saya tidak faham riuh-rendah pasal jawatan nombor dua ini,” tulisnya secara sinis.

Sebelum ini, seorang pemimpin kanan PKR, Syed Shahir Syed Mohamud yang juga merupakan presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) memberi amaran bahawa PKR telah dimasuki dan dirasuki musuh.

Bagaimanapun siapa musuh itu dan berapa jumlahnya tidak didedahkannya.

Pemilihan untuk jawatan nombor dua hangat, apabila penyandangnya, Syed Husin Ali mengumumkan hasratnya untuk berundur setelah memegangnya selama dua penggal.

Selain Zaid yang mengintai jawatan itu, seorang lagi naib presiden Azmin Ali juga dikatakan berminat menjadi orang nombor dua PKR.

Bagi mengendurkan politiking dalam PKR, sesetengah pihak mencadangkan supaya Anwar dicalon menjadi presiden manakala presiden sekarang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang juga adalah isterinya menjadi timbalan.

Namun Anwar yang juga adalah ketua umum PKR, semalam mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak akan menerima sebarang pencalonan untuk sebarang jawatan dalam parti. /Sebelumnya di Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan