Isnin, 20 September 2010

NAIB PRESIDEN PKR - YB FUZIAH SALLEH PUNYAI HARAPAN CERAH

Oleh: WFAUZDIN NS

SATU-satunya calon unggul dari kalangan wanita PKR yang patut dinobatkan sebagai Naib Presiden PKR adalah Ahli Parlimen Kuantan iaitu YB Fuziah Salleh. Kewajaran memilih beliau bukan kerana beliau satu-satunya calon wanita yang bertanding di kerusi Naib Presiden, tetapi kebolehan serta ketokohan beliau sememangnya harus diakui.

Sehingga artikel ini ditulis, diberitakan pencalonan dari Cabang-Cabang PKR yang mencalonkan YB Fuziah Salleh sebagai Naib Presiden adalah sebanyak 62 pencalonan iaitu 85 % dari Cabang-Cabang yang telah membuat keputusan. Beliau juga memperolehi 1 pencalonan bagi jawatan Timbalan Presiden yang saya rasakan sudah pasti beliau menolak untuk dicalonkan ke jawatan No. 2 tersebut.

Setakat ini sokongan yang diberikan kepada Serikandi dari Pahang ini amat membanggakan, mudah-mudahan akan terus dikekalkan sehingga ke hari penentuan nanti. YB Fuziah sebelum ini telah diberi berbagai tugas dan tanggungjawab parti kepadanya dan beliau telah membuktikan segalanya dapat dilaksanakan dengan berkesan. Beliau juga telah membuktikan keupayaannya menjadi Ahli Parlimen yang sentiasa menjalankan amanah rakyat di kawasannya dengan adil dan ikhlas. Peranan yang telah dimainkan oleh YB Fuziah Salleh selaku Wakil Rakyat terutamanya di Pahang telah mendapat perhatian dari MB Pahang sendiri yang pernah memuji kehebatan MP Kuantan ini. Beliau seorang tokoh PKR yang tidak menimbulkan sebarang kontroversi di dalam parti dan sentiasa mematuhi arahan kepimpinan dan dasar parti.

Saya yakin, memilih YB Fuziah untuk salah satu kerusi Naib Presiden amat menguntungkan parti di samping membuktikan betapa PKR sentiasa memberi pengiktirafan kepada golongan wanita untuk bersama memperjuangkan nasib rakyat dan parti. Marilah kita bersama memberikan peluang kepada YB Fuziah Salleh untuk membuktikan bahawa wanita juga mampu menjadi barisan hadapan di dalam objektif kita menuju ke Putrajaya./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan