Rabu, 29 September 2010

SIAPA BAPAK JUDI SEBENAR ?

Umno 'bapa judi' sebenar, dakwa PAS
Sep 28, 10


PAS mendakwa Umno sengaja mempolitikkan isu wang ehsan pemberian kerajaan Pulai Pinang kononnya daripada sumber judi untuk menyemai kebencian rakyat dan "melaga-lagakan" isu berkaitan agama dan kaum.

Sambil mendakwa Umno merupakan 'bapa judi' sebenar, ketua penerangannya Idris Ahmad berkata, Umno sepatutnya membersihkan dahulu 'najis' itu di peringkat pusat, termasuk tidak membiarkan orang Melayu menjadi lembaga pengarah syarikat judi.

"Bapa jangan marah kalau anak ketagih judi, kerana bapa adalah tahi judi," kata Idris (kiri) beranalogi.

"Sepatutnya ini yang perlu diselesaikan dahulu oleh pemimpin Umno. Jangan biarkan orang bukan Islam tertawa dengan Umno, kalau hendak bercakap bab judi biarlah kamu itu tinggalkan dulu menjadi pendokong kerajaan judi."

Beberapa pemimpin Umno Pulau Pinang sebelum ini mendakwa pemberian wang ehsan sebanyak RM100 oleh kerajaan Pakatan Rakyat kepada warga emas telah diambil daripada sumber judi.

Bagaimanapun, ketua menterinya Lim Guan Eng berkali-kali menafikan dakwaan itu, malah setiausaha politiknya Ng Wei Aik dilaporkan membuat laporan terhadap penulis blog yang mula-mula menimbulkan perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Dalam satu kenyatan hari ini, Idris juga menyifatkan Umno dan judi seolah-olah kembar Siam apabila bantahan ulama yang membantah loteri kebajikan sebelum ini tidak dipedulikan.

Bagaimanapun, tambahnya, "sampai sekarang kita tidak dengar suara membantah secara agresif dalam Umno supaya judi dihapuskan".

Ketua peneranagn parti Islam itu bagaimanapun berkata, pihaknya tetap tidak mengiktiraf judi sebagai sumber yang sah, malah pada 1990 apabila mula memerintah Kelantan, tiada lagi premis dibenarkan menjalankan aktiviti perjudian.

"Tindakan ini dibuat apabila (menteri besar)Tuan Guru Nik Aziz (Nik Mat) diberitahu oleh semua tokoh agama Kristian, Hindu dan Buddha, judi adalah (turut) haram di sisi agama mereka," katanya./Malaysiakini

3 ulasan:

  1. yg ko tak cakap pasal lim guan eng da mengaku menerima wang sumbangn dari hasil judi, walaupun sblm ini beriya2 menidakkannya - kaki pembohong..

    yg ko tak cakap pasal warga emas da termakan wang ehsan hasil duit haram - PAS dan Majlis Agama Islam P.pInang tak buat kerja ka?

    Yg ko tak cakap pasal PAS beriya2 menentang judi bola, tp judi lumba kuda di penang langsng buat donno..

    dan yg terakhir sekali ko lupa nak cakap yg terang2 PAS kaki penjilat tegar taik DAP..

    sekian

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama 2010 September 29 11:27

    yang ko x sebut UMNO lagi keji kenapa?

    sekian

    BalasPadam
  3. Taik Judi bila baran habis hantaran

    BalasPadam