Khamis, 16 September 2010

TERKINI - SHAMSUL ISKANDAR CALON NAIB PRESIDEN PKR?

Kemudian pada 12 September 2010 hari raya ketiga, sharphooter mengadakan rumah terbuka menjemput sahabat-sahabat seperjuangan dalam amk pada sebelah petang. Menu "Mee Kuah Tulang". AMK Kedah turut hadir.

Dengan tidak disangka, ketika berbual dan berbincang tentang pemilihan bersama sahabat seperjuangan, tiba-tiba Shamsul Iskandar telah menghubungi sharpshooter pada tepat jam 6:24 petang dan menyatakan hasratnya untuk bertanding sebagai calon Naib Presiden.

Pengakuan ini didengari oleh semua Amk Penang dan Kedah kerana sharpshooter berinteraksi dengan Shamsul Iskandar secara "Loud Speaker ". Sharpshooter juga telah berjanji dengan Shamsul Iskandar bahawa kami akan "all out" dan kelmarin janji tersebut telah terlaksana bila sharpshooter bersama Zulkifli Ibrahim telah turun ke cabang-cabang di seluruh P.Pinang dari tengahari hingga larut malam jam 2.30 pagi untuk memastikan pencalonan dan kemenangan Shamsul Iskandar sebagai calon anak muda Naib Presiden.

Sharpshooter rasa amat terkilan bila dalam FB ada pihak yang menuduh penyokong Chegu Bard sebenarnya cuba membunuh politik Shamsul Iskandar. Ini bukan parti UMNO yang membunuh kawan dan Zulkifli Ibrahim menjadi sasaran tuduhan tersebut.

Sharpshooter telah jelaskan dan terangkan di atas, Zulkifli Ibrahim bukan jenis yang khianati sahabat dan kami semua penyokong Chegu Bard akan "all out" untuk pastikan Chegu Bard dan Shamsul Iskandar menang. InsyaAllah.

Keputusan Shamsul Iskandar untuk bertanding sebagai calon Naib Presiden adalah tepat. Ada juga yang mengatakan beliau mungkin kalah.

Pada sharpshooter, jika Shamsul Iskandar kalah mempertahankan Ketua AMK Malaysia adalah lebih parah jika nak dibandingkan kalah sebagai calon Naib Presiden. Jika Shamsul Iskandar kalah mempertahankan jawatan Ketua AMK Malaysia, beliau hilang segalanya tetapi sharpshooter amat yakin Shamsul Iskandar akan menang sebagai Calon Naib Presiden termuda bila YB Zuraidah Ketua Wanita Keadilan Malaysia juga telah menyatakan sokongan secara terbuka terhadap Shamsul Iskandar.

AMK dan Wanita akan bergabung bagi memastikan Shamsul Iskandar dan YB Fauziah Salleh menang sebagai calon Naib Presiden...InsyaAllah..../Baca sebelumnya di warta 365.blogspot

1 ulasan:

  1. haaa..baguih la tu..budak kencing dalam seluar ni jadi calon naib..

    nuar pulak kaki kencing..

    yg korg2 ni pulak kaki kena kencing!

    dah kena dah.. PKR - PARTI KENCING RAKYAT!

    BalasPadam