Rabu, 29 September 2010

ULAMAK MUDA UMNO - PENASIHAT ATAU BALACI ?



Mohd Nor Yahya


KOTA BHARU, 29 Sept: Pengerusi Misi Munajat Royalti Rakyat Kelantan, Md Zulaimi Kazin menyelar tindakan ulama muda Umno yang mempertikaikan langkah yang diambil oleh 40 ulama bermunajat di Mekah dalam isu tuntutan royalti.

Beliau berkata tindakan yang diambil oleh 40 ulama itu tidak bercanggah dengan syariah, terutama tidak terdapat sebarang larangan nas syarak terhadap tindakan tersebut.

Ini, katanya tidak seperti mana larangan nyata dari nas atas pengharaman judi bola yang dilesenkan oleh Umno tetapi ulama muda mendiamkan diri.

“Golongan ulama Umno ini amat dangkal ilmunya kerana tidak memahami hasrat sebenar misi ini yang dikhususkan kepada tindakan zalim pihak kerajaan pusat yang enggan membayar royalti petroleum kepada Kelantan,” ujarnya.

Beliau menjelaskan, Nabi Muhammad s.a.w. ada menyuruh bermusafir dan menyatakan kelebihan menunaikan solat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, justeru pihaknya akan menghantar 40 orang ulama Kelantan untuk bermunajat di sana.

“Langkah ini diambil agar mereka dapat bertawasul dengan amalan soleh mereka sendiri untuk dimustajabkan doa oleh Allah supaya hak rakyat kelantan dikembalikan,” kata beliau.

Menurut beliau lagi, perbelanjaan yang digunakan adalah secara telus dengan menggunakan sumbangan derma daripada orang ramai dan tidak melibatkan dana kerajaan negeri.

“Saya berharap ulama muda Umno kembali kepada niat asal mereka menyertai Umno seperti yang mereka war-warkan dahulu, iaitu mahu membaiki dan menegur Umno, bukan seperti kandungan artikel tulisan mereka, yang memperlihatkan mereka seperti balaci Umno dalam usaha melawan tindakan yang tidak sealiran dengan mereka,” katanya lagi./Harakahdaily

2 ulasan:

  1. 1.aku ingat tak ada sekupang pun duit mak bapa depa ada dalam program ini.
    2.program ini tak disembunyi macam setengah perkara yang dibuat olih umno.
    3.bagi depa ini(ulak dalam semak umno),mendaki gunung,bawa budak budak rempit ke kutib,keling dunia lebih AFDAL,walaupun sah duit rakyat pembayar cukai diguna.
    4.tolong bagi tau pada depa,duit yang nak guna ni bukan dipaksa ambil dari poket syarikat seperti yang diamalkan olih umno,paksa syarikat terutama GLC buat tajaan.
    5.last sekali,depa ni memang tak percaya bahawa Mekah dan Madinah adalah tempat terpilih bagi "pengamal ajaran Islam"aku tak mau kata penganut,kerana penganut belum tentu melaksanakan dan percaya pada kebesaran Islam

    BalasPadam
  2. derma buat solat hajat dari sumber lumba kuda? hahahaa...

    kalu ida world dah kasi cheque Rm4 billion tu, takyah la nak mintak derma org lain lagi..

    ape derma2 sykt balak tu tak cukup ke nak menampung kos ke Mekah ni? ape kata buat solat tu kat kelantan je, kata serambi mekah?

    kenapala otak2 puak2 fuckatan ni bebal sgt?

    kah kah kah!

    BalasPadam