Selasa, 21 September 2010

UMNO YANG PATUT MELUTUT KEPADA PERKASA BUKAN TENGKU ADNAN

Oleh: WFAUZDIN NS

TENGKU Adnan menjadi sasaran cemuhan dua NGO yang teramat marah apabila Setiausaha Agung Umno itu menggelar Perkasa sebagai pertubuhan yang `racist'. Tengku Adnan tentunya tidak bercakap secara individu bahkan beliau mewakili Umno di dalam kenyataannya setelah diadakan perjumpaan dengan semua parti Komponen Bn. Maka, Umno mengambil keputusan untuk menjauhkan diri dari Perkasa.

Perkasa dikatakan begitu melampau di dalam memperjuangkan hak orang-orang Melayu sehingga menyinggung perasaan kaum-kaum lain terutamanya kaum Cina. Pemanis satu lagi pertubuhan yang mewakili mantan Wakil-Wakil Rakyat mahu agar Tengku Adnan memohon maaf kepada Perkasa di atas tuduhannya itu. Sebenarnya Umno dan semua komponen Bn yang membuat keputusan tersebut bukannya keputusan Tengku Adnan seorang. Justeru itu, tergamakkah Umno/Bn melutut kepada Perkasa terutamanya kepada Ibrahim Ali?

Perkembangan yang menarik untuk dilihat. Siapakah yang lebih berkuasa dan berpengaruh sekarang, samada Umno atau Perkasa? Adakah Tengku Adnan akan memohon maaf kepada Perkasa? Pemanis memberi amaran akan mendesak agar beliau dipecat dari Setiausaha Agung Umno. Masalahnya, lakukah desakan dari pertubuhan yang tidak ramai mengenalinya itu?

Sebenarnya Tengku Adnan tidak perlu minta maaf kerana Umno akhirnya akan akur dengan kehendak Perkasa. Ini adalah kerana tiada siapa lagi yang boleh Umno jadikan kawan untuk menyambung sisa-sisa hayat Umno sekarang. Sewaktu Umno kuat, siapa yang pedulikan Perkasa? Ketika Umno lemah sekarang inilah mana-mana pertubuhan sekali pun boleh terus `membuli' Umno. Umno kini amat terdesak dan parti yang diasaskan oleh Onn Jaafar ini sudah kehilangan maruah mereka./wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. woittt..!! pembetulan
    parti yg diasaskan oleh onn jaafar tu telah diharamjadahkan...dah kojol...pada 1987...

    onn jaafar sendiri pun meluat dengan umno dan tubuhkan parti negara dan kuar johor tanding kat terengganu...sebab tu cucu dia jaga umnok tganu....

    umno sekarang ni telah ditubuhkan oleh maday...dia pun acah kuar umno..tapi masuk balik....auta punya kutik...

    jumpa mic dengan ular..ketuk umnok dulu...

    kah kah kah kah kah kah ....

    BalasPadam