Sabtu, 23 Oktober 2010

APABILA SDR SHAMSUL `BERTIKAM' DENGAN CHEGU BARD

Oleh: Mandor

NAMPAKNYA kemaraan Chegu Bard untuk duduk dikerusi Ketua AMK seperti tidak dapat dihalang lagi. Di mana-mana terdengar cerita betapa anak muda dari Rembau ini memang wajar diangkat menjadi pemimpin golongan muda di dalam PKR. Bukan kerana Sdr Shamsul Iskandar tidak baik, tetapi zaman beliau sudah ke penghujungnya dan beliau sebenarnya lebih layak untuk naik setingkat lagi menduduki kerusi Naib Presiden PKR.

Buktinya, pencalonan yang diterima oleh Sdr Shamsul untuk kerusi Naib Presiden adalah tinggi di belakang YB Fuziah Salleh. Namun, Sdr Shamsul tidak `menghormati' kepercayaan yang telah diberikan oleh Cabang-Cabang yang mencalonkannya. Beliau mengambil langkah undur ke belakang disaat tenaga beliau diperlukan di barisan hadapan. Tindakan ini sedikit sebanyak `menganggu' mood ahli-ahli yang mahu melihat Sdr Shamsul membimbing Chegu Bard di barisan hadapan dan bukannya ingin melihat Sdr Shamsul `menghunus keris' terhadap Chegu Bard.

Buat Chegu Bard pula, selangkah kaki memasuki gelanggang, pantang pendekar berundur. Misi memperjuangkan reformasi samada di jalanan atau tidak mesti diteruskan. Saya yakin, meskipun jika Nurul Izzah yang memasuki gelanggang untuk berdepan dengan Chegu Bard, anak muda Rembau ini tidak akan berganjak walau setapak. Kita cukup kenal dengan Chegu Bard./mandor.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan